Friday, December 30, 2011

Perbezaan Antara Litar Gelang/Selari dan Litar Siri



Assalamualikum Sahabat...

Di Sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu berhubung dengan perbezaan Litar siri dan litar selari... Jika di bandingkan kebaikkan litar siri dengan litar selari maka litar selari adalah litar yang terbaik untuk di gunakan bagi pemasangan pendawaian speaker RBL kerana jika salah satu wayar litar ini terputus pada satu speaker maka speaker lain masih berfungsi dan kadar Arus yang mengalir adalah sama dengan bekalan utama untuk tiap-tiap speaker... Suara pun akan kekal pada asal sebagaimana yang di kehendaki (tiada ganguan pada bunyi)... Semoga sedikit ilmu ini dapat memberi manfaat besar kepada semua....

..........Berkongsi Cerita..........

Lebih Kurang Jam 8.30pagi tadi saya ada berhubung dengan seorang sahabat yang lama sudah tidak bersua... Kami bersembang mengenai RBL dia punya... Begini ceritanya lebih kurang 4 bulan lepas secara kebetulan saya lalu di tepi RBL sahabat ini... dan berhenti seketika dan saya mendengar suara RBLnya... Mengikut pengalaman saya yang tak seberapa ini saya memaklumkan padanya suara RBLnya, saya tak puas dengar (tak Lawas/tiada kemerduan). saya bertanya padanya berapa harga yang di belinya katanya RM150.00 suara Luar.. katanya dia ada 4 koleksi suara walet... dan ribuan ringgit telah di habiskan untuk suara ini.... Berapa umur RBL ini? dalam 7 bulan, berapa keluasan RBl ini? 15kaki x 25kaki x 3 tingkat.... berapa kos pembinaan? lebih kurang RM 49,000.00

Di ringkaskan cerita... pertanyaan saya berkenaan dengan berapa biji sarang sudah ada? 2 biji setengah...katanya.. Lalu saya memberikan sedikit nasihat dan seminggu kemudian dia terus mencari saya untuk dapatkan suara WalitWalet........ atas rayuannya.. saya pun bagilah...

Hari ini setelah 3 bulan masa berlalu... saya menghubunginya.. bertanya khabar.... sembang mengenai RBLnya... katanya dia masih ikut nasihat yang saya berikan dulu.... katanya sarang dalam RBlnya sudah ada 8biji dan anggaran walet yang menginap 30 ekor lebih.... Sudah pasti saya tumpang gembira dengan perkembangan ini.... Alhamdullilah... Semoga Sahabatku Berjaya... Amin... Amin... Amin


Sekian
Terima kasih
Kamarul Ariffin Mahmod

Monday, December 26, 2011

HARAM MENGAMBIL HAK ORANG TANPA PERSETUJUAN PEMILIK

Assalamualaikum Sahabat semua..

Perkembangan terkini RBL Polyurathane... Pada 24/12/2011 saya telah masuk ke dalam RBL Polyurathane dan mendapati bilangan sarang yang telah siap dan belum siap termasuk lelehan liur Walet.. adalah mencecah 27-30 biji... Kemajuan Yang tak di sangka... Allah lebih mengetahui dari hambanya.......

Saya tidak dapat mengesahkan kerana lelehan liur walet terlalu baru mungkin dalam masa 2 minggu lagi baru saya dapat sahkan lokasi sebenar sarang walet...

Insya... saya akan kemaskini blog ini dari masa ke semasa... sebagaimana permintaan sahabat...

Sebelum terlupa.. Saya ingin berkongsi cerita dengan sahabat semua... Tadi saya di hubungi oleh sahabat lama saya... yang terputus hubungan lebih kurang setahun setengah rasanya... Perkenalan dengan dia pun secara kebetulan sahaja...

Begini ceritanya... lebih kurang 2tahun 2bulan lepas dia membina RBL ukurannya 20 kaki x 80 kaki 4 tingkat... Tingkat bawah di jadikan stor.. 3 tingkat untuk walet.. katanya kos pembinaan dalam RM300000 lebih.. kalau tak silap.. Kawasan Sawah padi... bersebelahan dengan saluran peparitan (tali air) Wow hebat bro... kontraktor dia nie(orang kaya)... diringkaskan cerita.. Dia mengetahui saya ada pengalaman dalam bidang ini.. Dia mengadu kepada saya berkenaan dengan sistem audio dia ada masalah... bila saya soal selidik rupanya dia menggunakan litar siri semasa pemasangan speaker...

Saya maklumkan kepada dia bahawa supaya buat wiring semula litar Gelang... Masalah selesai...

Kedua dia minta suara burung walet dari saya... saya bagi kepadanya... yang pasti dia tidak menggunakan suara saya kerana tidak bagus katanya... (saya diam saja)..

Tadi... bila sembang dengannya dan dia memaklumkan kepada saya jumlah sarang walet dalam RBL dia ada 4 biji..(lebih kurang dalam 2 tahun 2 bulan RBL ini sudah beroperasi)

Kesimpulan daripada cerita ini... Kalau anda ingin menceburi dalam apa-apa bidang mintalah pendapat dari orang yang arif dalam bidang itu... Jika anda ingin berjaya dalam bidang ini (penternakan walet) pastikan anda betul-betul berilmu.. dan berdisplin... kerana dalam kajian saya mendapati bidang ini ramai yang gagal di sebabkan oleh sikap ambil mudah serta keegoan dalam diri (tunjuk pandai).. ini menyebabkan Walet lambat membuat sarang...


HARAM MENGAMBIL HAK ORANG TANPA PERSETUJUAN PEMILIK

Saya merasa terkilan dengan segelintir sahabat yang mengambil gambar dari blog ini dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan... Saya halalkan kepada sahabat yang mengambil hak saya untuk tujuan pembelajaran tetapi kalau untuk mendapatkan keuntungan tidak sekali-kali... Saya ada terbaca dalam beberapa blog yang mana dia telah mengambil hak saya dan meletakkan Hak Cipta blognya... (ada juga orang macam nie)... Mungkin dia boleh menipu manusia... tidak bagi ALLAH...

Sekian,
Terima Kasih..
Kamarul Ariffin Mahmod

Monday, November 28, 2011

TEMPAHAN RBL POLYURATHANE PASANG SIAP

Alhamdullilah.. Saya bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan kajian yang telah saya jalankan berkenaan dengan RBL dengan menggunakan Polyurathane...

Sekarang genaplah setahun RBL polyurathane beroperasi dan hasilnya agak memberansangkan... setanding dengan bangunan-bangunan RBL yang menggunakan metarial lain malah melebihi jangkaan yang saya telah tetapkan... sememangnya Penggunaan Polyurathane amat sesuai bagi membina RBL kerana :
1. Dapat mengawal suhu dalam RBL
2. Mudah dan senang untuk proses pemasangan (ringan).
3. Mengambil masa yang singkat bagi menyiapkan RBL.
4. Boleh di buka dan di pasang semula di tempat lain, (mudah alih).
5. Jangka hayat melebihi 15 tahun.
6. Bebas dari bunyi bising di luar bangunan.

Oleh yang demikian, saya dengan ini berhasrat untuk menjadi pengedar tunggal kepada sesiapa yang berminat untuk membina RBL pasang siap yang berunsurkan Polyurathane.
Senarai barang yang di sediakan oleh pihak kami adalah seperti berikut :

Audio Sistem

1. Suara luar - Pendrive
Suara Dalam - Pendrive x 2set
Speaker -Tweeter Luar 5 biji
-Tweeter Dalam 35 biji
Player/Amplifier - 3 biji
Control Panel - 1 set (Power Soket 2unit, Plug 3 pin, Timer)
Wire - 1 gulung


Bahagian Luar RBL

2. Polyurathane - BAHAGIAN SISI KIRI
10'X4'X2'' = 8 UNIT
-BAHAGIAN SISI KANAN
10'X4'X2'' = 6 UNIT
8’X4’X2”= 2 UNIT
-BAHAGIAN PINTU
8'X2’X2'' = 1 UNIT
-BAHAGIAN DEPAN
16'X4'X2'' = 2 UNIT
15’X4’X2”= 1 UNIT
-BAHAGIAN BELAKANG
10'X4'X2'' = 3 UNIT
6’X4’X2” = 3UNIT
-BAHAGIAN ATAS/BUMBUNG/ZINK BERSALUT PU
10’X4’X2”= 6 UNIT

3. Gam Bumbung (Tar)

Bahagian Dalam RBL

4. Papan Sirip - saiz 1''x6''x10' = 50 KEPING

5. Rangka Bangunan - Besi

6. Tempat takungan Air - Baldi (Besin)

7. Aroma Walit


Bahagian Tapak RBL

8. Simen + Pasir + Batu (Optional).

9. Delivery transport charge.

PIHAK KAMI MEMPUNYAI KEPAKARAN DALAM BIDANG PEMBINAAN RBL, SISTEM AUDIO, ELEKTRIK WIRING, PENTERNAKAN WALIT, MEMUJUK WALIT, MENGENAL PASTI LOKASI YANG SESUAI BAGI PEMBINAAN RBL WALET.

ANTARA KAWASAN YANG TELAH MENGGUNAKAN SUARA KAMI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. JERTEH ,TERENGGANU. (7 TAHUN)
2. PARIT BUNTAR, PERAK.(4TAHUN)
3. JELI, KELANTAN.(1 TAHUN)
4.MELAKA.(1TAHUN)
5.KUALA TERENGGANU, TERENGGANU. (11 BULAN)
DAN TELAH TERBUKTI BAHAWA SUARA KAMI MAMPU MEMUJUK/MEMIKAT WALITWALET

BERPENGALAMAN 7 TAHUN DALAM INDUSTRI PENTERNAKAN WALIT DAN SETAHUN DALAM PEMBINAAN RBL POLYURATHANE BESERTA KAJIAN YANG TELAH KAMI JALANKAN

DENGAN KELUASAN 20’X12’X16’DIANGGARKAN MAMPU MENGELUARKAN HASIL MELEBIHI 7.5KG PADA SESUATU MUSIM IAITU LEBIH KURANG PENDAPATAN DALAM LINGKUNGAN RM 30,000 SEMUSIM.

MENGIKUT KAJIAN YANG TELAH KAMI JALANKAN MENDAPATI WALIT MULA MERISIK SELEPAS SEBULAN RBL POLYURATHANE BEROPERASI, WALIT BERTUNANG SELEPAS 2 BULAN DAN 3 BULAN KEMUDIAN IA BERKAHWIN, SETERUSNYA DALAM MASA SETAHUN WALITWALET MULA BERSARANG MENCECAH 15 BIJI SARANG. MAKLUMAT KAJIAN BOLEH DI RUJUK PADA BLOG WWW.SARANGBURUNGLAYANG.BLOGSPOT.COM.

KOS KESELURUHAN BAGI PEMBELIAN / PENEMPAHAN RBL POLYURATHANE PASANG SIAP MUDAH ALIH YANG BERSAIZ 20’X12’X16’ (PANJANG X LEBAR X TINGGI, 2 TINGKAT) ADALAH RM 35,000.00.

KOS UPAH BAGI PEMASANGAN RBL POLYURATHANE PASANG SIAP MUDAH ALIH YANG BERSAIZ 20’X12’X16’ ADALAH RM15,000.00.

KOS KESELURUHAN BAGI PEMBINAAN SEBUAH RBL POLYURATHANE PASANG SIAP BERSAIZ 20’X12’X16’ADALAH RM 50,000.00. (TERIMA SIAP).

PEMBINAAN DI JANGKA SIAP DALAM MASA 7 HINGGA 21 HARI DARI TARIKH TEMPAHAN. (DENGAN IZIN ALLAH S.W.T)

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN SAYA DI TALIAN 0139827289- ARIF/KAMARUL /PAK’DA. SAMA-SAMA KITA MENINGKATKAN INDUSTRI WALET SUPAYA IA MENJADI INDUSTRI YANG PERTAMA MENYUMBANG HASIL KEPADA NEGARA KITA.

………………………………HARGA BOLEH DI RUNDING……………………………..

SOKONGAN ANDA DI DAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH,

SEKIAN.

WALITWALET

Saturday, November 19, 2011

5 LOKASI PENEMPATAN WALET DALAM RBL POLYURATHANE



Assalamualaikum......
14 lokasi bagi penempatan walet dalam RBL Polyurathane......... Gambar menunjukkan 5 kawasan penempatan walet....... Alhamdulillah.......... Hujung bulan ini akan genaplah satu tahun RBL POLYURATHANE beroperasi... Sejujurnya saya memohon kemaafan kepada semua teman di luar sana.. Sekiranya terdapat kesilapan tutur kata yang menyinggung perasaan kalian...... Tiada yang terbaik melainkan semuanya datang dari Tuhan Yang Maha Kuasa........ Kita merancang... Allah juga merancang.... Perancangan Allah lah yang terbaik.......... Sekadar pesanan untuk diri ini dan semua teman yang inginkan ketenangan.. Di kala bersolat janganlah sekadar untuk melepaskan tanggungjawab sahaja akan tetapi hendaklah kita merasa puas setelah selesai bersolat........ Lupakan segala masalah ketika dalam solat... seolah-olah kita tidak ada masalah..... kosongkan fikiran.... Cuba fahami setiap apa yang kita tuturkan dalam solat....... Kesempurnaan solat boleh membawa kita kebahagian dunia dan akhirat......... Insya.......... Makluman kepada teman di luar sana untuk di kongsi bersama... Dalam kajian yang saya jalankan terhadap RBL satu lagi kepunyaan saya yang berusia lebih kurang 7 tahun... Saya hairan kenapa dalam pukul 3-4pagi suara walet begitu kuat bunyi (Suara Asli)... adakah walet juga bertahajjud... Wallahu A'lam.....

Terima Kasih...
...WalitWalet...

PERKEMBANGAN TERKINI SECARA BERGAMBAR RBL POLYURATHANE






Assalamualaikum.........
Sahabat yang di kasihi......... Sebagaimana yang telah di janjikan berhubung gambar berkenaan dengan perkembangan terkini RBL Polyurathane... Gambar ini di ambil pada 19 November 2011 iaitu 14 kawasan bagi penempatan Walet terkini dalam RBL ini...... Alhamdulillah...... Allah Maha Kuasa...... gambarajah ini menunjukkan 9 kawasan penempatan walet dalam RBL Polyurathane dan gambar bagi 5 lokasi lagi akan menyusul...... Dalam masa 3hari ada penambahan 3 lagi kawasan baru...... WOWwwwwwww...... Hebabbbbbbb......tiada yang mustahil.... Semoga dengan perkembangan ini.. akan menjadi pemangkin semangat kepada rakan yang ingin berjuang dalam industri walet.......

Wednesday, November 16, 2011

Perkembangan Terkini RBL Polyurathane

Assalamualaikum, selamat menyambut Aidiladha...........

Sahabat semua... Aku mohon maaf kerna lama tidak mengemaskini blog ini....................

Setelah lebihkurang setahun RBL berasaskan Polyurathane beroperasi... Akhirnya hasil daripada kajian yang di jalankan dapat di kongsi bersama... Pengalaman yang begitu indah dapat di kongsi dengan sahabat2 di luar sana... UNTUK MAKLUMAN TEMAN SEMUA PERKEMBANGAN TERKINI RBL BERASASKAN POLYURATHANE TELAH MENGHASILKAN 11 BIJI SARANG IAITU 7BIJI SUDAH SIAP 4BIJI LAGI LELEHAN LIUR WALIT.................... SUDAH 2 EKOR TELAH DEWASA (TERBANG) HASIL DARIPADA PEMBIAKAN DALAM RBL INI..............DI ANGGARKAN LEBIH KURANG 30-40 EKOR BURUNG WALET MENETAP DI DALAM RBL INI.......... ALHAMDULILLAH........ AKU BERSYUKUR KEPADA YANG ESA.................. SEMOGA RBL BERASASKAN POLYURATHANE INI TERUS MAJU....... KEMAAFAN KEPADA TEMAN KERANA TAK DAPAT SERTAKAN GAMBAR TERKNI RBL INI... KAMERA AKU ROSAK........ INSYA..... ADA MASA AKAN SAYA MASUKKAN DALAM BLOG INI.......

T.K
WALITWALET...

Wednesday, July 27, 2011

LOKASI KETIGA LELEHAN LIUR WALIT DALAM RBL POLYURATHANE



Assalamualaikum........

Gambarajah di atas menunjukkan lokasi ketiga lelehan liur walit dalam RBL Polyurathane... Ini menunjukkan bahawa walit selesa untuk tinggal di dalam RBL ini... Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan walit untuk menginap dalam RBL ini......... Semoga sarang walit dalam RBL ini akan terus bertambah...... InsyaAllah...... Semoga sedikit pengalaman yang saya curahkan dapat membantu rakan2 yang menceburi bidang ini....
Sekian.... Terima kasih...

......WalitWalet......

Anak Sulung Walit Polyurathane Belajar Terbang




Assalamualaikum....

Lama tak bersua.... kesibukan membuat aku tidak sempat untuk bersembang dengan teman2 semua... untuk makluman semua, anak kelahiran RBL polyurathane telah terbang bebas sekarang... gambarajah di atas adalah peringkat walit untuk belajar terbang di mana ia akan berjangkit dari papan sirip ke papan sirip yang lain.... Alhamdullilah kerana kajian yang telah saya jalankan terhadap penggunaan Polyurathane untuk pembinaan RBL telah siap semuanya... di harap kepada semua rakan2 yang ingin menggunakan polyurathane sebagai bahan binaan untuk pembinaan RBL boleh merujuk dalam blog ini..... walit ini akan menunggu 8 bulan untuk matang dan seterusnya membina sarangnya setelah mendapat teman hidup.... Yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu dari saya sendiri.....
Sekian, terima kasih..

...............KAMARUL...........

Saturday, June 11, 2011

PENGAWALAN SUHU RBL



Assalamualaikum.... kepada sahabat sekalian sekali lagi saya ingin berkongsi dengan sahabat berhubung dengan cara-cara bagi pengawalan suhu di dalam RBL, banyak sahabat yang bertanya dengan saya bagaimana cara untuk mencapai suhu serta kelembapan udara di dalam RBL, sahabat juga tidak mampu untuk membeli mesin humidifier yang agak mahal, di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua bagaimana untuk mencipta alat seakan-akan humidifier.
Alat ini dapat mengekalkan kelembapan dan mengawal suhu dalam RBL, lebih menjimatkan iaitu dengan menggunakan bahan2 yang terpakai. Bagi pendapat saya, alat ini tidak seperti Humidifier yang terlalu memberikan kandungan air yang tinggi dalam udara dan boleh menyebabkan kerosakkan kepada papan sirip RBL yang tidak menggunakan kayu yang baik. Sila rujuk pada gambarajah di atas............... Selamat mencuba........................

Terima kasih
Walitwalet(kamarul)

Saturday, June 4, 2011

WALIT MENETAS (KELAHIRAN PERTAMA RBL PENGGUNAAN POLYURATHANE)



Assalamualaikum...

Sahabat sekalian..

Perkembangan terkini berhubung RBL dengan pembinaan bangunan berasaskan PU telah menyambut kelahiran pertama (menetas).... Mungkin walit ini adalah Anak sulung RBL dengan penggunaan PU di Malaysia dan mungkin juga di dunia... Alhamdulillah.. semoga dengan kelahiran ini akan menjandi pemangkin semangat ini untuk terus berjuang demi masa depan industri walit... di sebelah atas Abang long walit ini
terdapat hidangan yang di sediakan... menjadi santapan tengahari... ( sila klip pada Image untuk melihat dengan jelas).... hari ini lebih kurang hari ke 23 selepas walit bertelur (mengeram)....... Kitaran hidup walit hampir lengkap iaitu daripada pembinaan bangunan RBL, proses merisik, bertunang, berkahwin, membuat sarang, bertelur dan menetas... ada yang menyatakan setelah walit belajar terbang... maka ia mengambil masa 8 bulan untuk matang dan seterusnya mempunyai teman hidup..... Aku ada mendengar cerita mengenai jangka hayat bagi kehidupan seekor walit adalah lebih kurang 20 tahun... Terima kasih kepada mereka2 yang telah membuat kajian...

.......................Sekadar Renungan....................

Aku termenung seketika mengenang nasib kita sebagai manusia.. berapa umur jangka hayat kita... berapa lama sudah kita lalui dan berapa lama lagi sisa hidup kita yang tinggal... aku terpaku seketika apabila terdengar keluahan seorang manusia yang warak yang memaklumkan kepada hadirin yang hadir pada satu majlis tazkirah... bunyinya begini... Samaada kita takut ataupun tidak, kita tetap akan mati.... apa yang perlu kita takut(fikir) adalah selepas kita mati.. samaada ke syurga atau pun ke neraka....... cuba perhalusi apa yang di pertuturkan oleh orang tua tersebut............. sama-sama kita fikirkan..............

Terima Kasih
WalitWalet

Friday, May 20, 2011

ATAP BERSALUT PU





Assalamualaikum...

Minggu lepas sempat saya masuk kedalam sebuah bangunan dalam pembinaan untuk di jadikan RBL... tingkap atas sekali iaitu di tingkat 4.. ia menggunakan atap bersalut PU kemudian di letakkan camelon dan akhir sekali siling.... berapa anggaran yang di gunakan ... saya sendiri tidak pasti.. yang pastinya kosnya mestilah mahal... kawasannya dingin... sila rujuk pada gambarajah di sebelah...

VIVA BOARD




Assalamualaikum........... Sahabat sekalian...

Untuk makluman sahabat semua... Insya... kalau di murahkan rezeki dan tiada apa2 halangan saya akan membuat satu lagi kajian berhubung dengan pembinaan RBL dengan menggunakan VIVA Board... Pada Rabu lepas saya ke sebuah kedai hardwear yang menjual viva board dan mendapati harganya berpatutan dan sesuai untuk RBL buget... Saiz ketebalannya pelbagai dan antaranya 6mm,8mm,10mm,12mm,16mm,18mm,20mm dan 24mm.. dan ukuran panjang x lebarnya adalah 4kaki x 8kaki... Ia di perbuat daripada simen serta habuk kayu... tetapi ia tidak sesuai di tempatkan di kawasan takungan air ( tidak boleh menggunakan Humidyfier)... Sila rujuk pada gambarajah di atas....

Monday, May 16, 2011

LOKASI KEDUA LELEHAN LIUR WALIT DALAM RBL POLYURATHANE





Assalamualaikum...

Teman yang di kasihi.... aku melihat lokasi lelehan liur walit kedua dalam RBL polyurathane (sila klipkan pada gambarajah di sebelah untuk melihat lelehan liur walit dengan jelas)...

Alhamdullilah.... Perkembangan terbaru....

Insya... Purata dalam masa sebulan (30hari) walit akan siap membina sarangnya... Semoga dengan khabar berita ini akan membakar semangat kepada sahabat yang ingin dan baru memceburi dalam bidang ini...... Untuk makluman teman lelehan liur walet ini bukan dari anak walit hasil dari RBL ini akan tetapi walit dari luar... Ini membuktikan ia selesa tinggal dalam RBL ini ................ Kepada teman yang ingin membina RBL pastikan lokasi, ukuran kelembapan, suhu dan suara mengikut kehendak yang di tetapkan oleh WALET supaya RBL teman cepat di masuki walet....... Jangan lupa berdoa kepada yang Maha Pemberi Rezeki sesungguh hati kerana Dialah yang menentukan segalanya........

Sekian,
terima kasih
WalitWalet(Kamarul)

Yesssssss.....Walit Sudah Bertelur..........




Assalamualaikum....

Aku bersujub menyembahMu wahai yang Maha Esa... aku berdoa siang dan malam padaMu dan engkau kabulkan doaku... aku malu padamu Ya Alah........ aku bukan hambamu yang sentiasa taat padamu.. akan tetapi Engkau sayang pada hambamu...........

Hari ini aku masuk ke dalam RBL Polyurathane dan melihat simanja walit dah bertelur.... lebih kurang 7hari selepas walit siap membina sarangnya, walit mengeluarkan telur pertama dan 2hari kemudian untuk telur kedua.. sebelum terlupa ingin kongsi ilmu dgn teman semua jenis walit ini ini di kenali sebagai Aerodramus Fuciphagus... di anggarkan walit mengambil masa 25hari untuk mengeram telurnya... Seronok betul bila melihat walit sudah bertelur..

Friday, May 6, 2011

WALIT SUDAH SIAP MEMBINA SARANGNYA DAN HANYA MENUNGGU UNTUK BERTELUR












Assalamualaikum........ Sahabat yang di kasihi......... Dengan rasa gembira yang teramat sangat aku bersyukur ke hadrat Ilahi... kerana hari ini Walit telah siap membuat sarangnya di dalam RBL dengan menggunakan Polyurathane.... Setelah walit siap membina sarangnya, kebiasaannya walit betina mengambil masa 7-10 hari untuk mengeluarkan telur pertama dan 2-3 hari lagi untuk telur kedua... anggaran purata 25hari untuk walit mengeramkan telur mereka... sedikit ilmu untuk di kongsi bersama.... Hidup hendaklah sentiasa berserah kepada Allah........

Sunday, April 17, 2011

Nikmat Berkongsi Hidup Bersama Walet







Assalamualaikum........ Sahabat yang dikasihi...... saya amat berterima kasih terhadap kawan semua yang sudi menghantar e-mail kepada saya... saya mohon maaf kerana lambat menjawab email sahabat.... Di sini saya ingin berkongsi dengan tuan2 nikmat hidup bersama Walet... Bukan Wang semata2 yang di cari akan tetapi ketenangan hidup menjadi keutamaan.... Bagi saya, jiwa akan menjadi tenang apabila masuk ke dalam RBL dan dapat melihat karenah si cilik Walit.. Pelbagai gaya yang dapat dilihat... Contohnya sesetengah orang menghabiskan wang untuk membeli ayam serama, ikan hiasan, burung2 dan sebagainya... Ini hanya untuk menenangkan jiwa mereka... Bagi saya ini adalah satu cara untuk berbakti kepada alam, ingin juga menyuapkan makanan kepada si walit ini apabila melihat telatah si comel yang lapar... akan tetapi saya tidak mahu menggangu aturan makanan yang telah di tetapkan oleh si Ibu..... Semoga kita mempunyai hobi yang sama.....



Monday, April 11, 2011

!!!!!!!!!!!!!!......... AROMA WALIT........!!!!!!!!!!!!!!!!!




Assalamualaikum......... sahabat sekalian... setelah berbincang dengan pihak yang berilmu dalam menetapkan hukum terhadap penjualan Najis Walit......... setelah di perinci maka keputusan di buat bahawa cas upah serta penyelenggaraan terhadap RBL di bolehkan di ambil dari sesiapa yang berkehendak kepada barang tersebut.. Perkara ini di buat berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap AROMA WALIT.........

Sekian, Terima kasih.........

Saturday, April 9, 2011

Walit Bersarang Pada Papan Playwood





Assalamualaikum Sahabat sekalian,

Baru2 ini ada sahabat saya yang menghantar email kepada saya bertanyakan tentang kayu yang sesuai untuk di jadikan tempat untuk walit membuat sarang...ada juga sahabat bertanyakan berkenaan dengan kepentingan dengan ketinggian, keluasan, sesebuah bangunan yang menjadi faktor bagi walit menginap.... di sini saya ingin merungkai persoalan yang timbul bagi memperjelaskan mengikut pengalaman saya yang hampir 8 tahun berkecimpun dalam membuat kajian berhubung dengan RBL,

1. Kayu yang di gunakan- untuk makluman sahabat semua walit tidak memilih kayu untuk membuat sarang... asalkan selamat baginya untuk menginap, walit akan membuat sarang,pada papan Playwood pun walit bina sarangnya, papan dinding pun walit buat sarang... perkara ini jelas dan telah di buktikan melalui kajian yang telah saya jalankan... cuba sahabat lihat pada gambar yang di sertakan, papan itu adalah Playwood bagi menutup sisip angin pada dinding RBL saya, akan tetapi walit buat sarang juga...

2. Faktor ketinggian- RBL yang telah saya bina hampir 6 tahun telah menjadi tempat penginapan walit, ketinggiannya adalah lebih kurang 5kaki setengah dari paras bumi.. satu tingkat sahaja... di kawasan kampung dan bukan di kawasan berbukit (tanah rata)... telah terbukti ketinggian bukan faktor utama bagi penginapan walit...

3. Faktor Keluasan- ini telah di buktikan melalui kajian yang telah saya jalankan di mana saya telah membina RBL dengan keluasan lebih kurang 19kaki panjang dan 11 kaki lebar.. walit telah bersarang... banyak orang bercakap berkenaan dengan keluasan menjadi faktor utama bagi menjamin penginapan walit.. di sini saya ingin menepis hujah yang di kemukakan oleh pihak2 yang tidak membuat kajian akan tetapi hanya bercakap sahaja...

Semoga coretan di atas menjadi pemangkin kepada sahabat semua untuk terus maju jaya dalam bidang ini........... Ingat Allah Maha Melihat............... Pastikan anda sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa melihat anda......... Solat Jangan Tinggal, Wajib Tutup Aurat...................

Sekian, Terima Kasih.....

Sunday, April 3, 2011

Terbukti .........!!!!!! Penggunaan Polyurethane Walet Bersarang




















Assalamualaikum...
Sahabat sekalian.... untuk makluman semua, dengan penggunaan Polyurethane telah terbukti walit bersarang, tiada yang mustahil... Cuba sahabat lihat pada gambarajah di atas.. air liur walet meleleh pada speaker dan papan.... Alhamdullilah... Saat-saat yang di nantikan telah tiba... kepada teman-teman yang sudi bertanyakan pendapat saya melalui email saya ucapkan terima kasih.. untuk makluman semua juga, pada bulan Disember 2010 saya ada mengubahsuai sebuah bangunan untuk di jadikan tempat penginapan walit, khabarnya RBL itu telah pun di masuki walit dan mcm ada kesan air liur walit juga.. harapnya walit sudah bersarang di RBL itu..
pada bulan ini, boleh dikatakan semua jenis burung termasuk walit bertelur(musim mengawan).. kepada sahabat sekalian, ini bererti semua burung akan membina rumah masing2... termasuk walit... Pastikan walit membuat sarang dalam RBL anda.. kepada RBL yang masih baru, Pastikan anda tidak terlalu menggangu/ masuk ke dalam RBL pada bulan ini kerana Walit2 sedang membina umah mereka... semoga pengalaman ini dapat di kongsi bersama....

Wednesday, February 23, 2011

Awas....!!!! Penggunaan Papan Playwood






















Assalamualaikum...

Sahabat Sekalian... Setelah kajian telah di buat terhadap penggunaan papan Playwood bagi pembinaan RBL untuk membuat lantai tingkat kedua dan bumbung bagi tingkat pertama... saya mendapati dalam masa 2bulan papan playwood ini di tumbuhi kulat dan kulat ini juga telah berjangkit ke bahagian papan tempat walit membuat sarang... buat masa sekarang walit tidak mahu turun di tingkat bawah.. Dalam masa terdekat ini saya tidak mahu gangu sehingga walit membuat sarang di tingkat atas dahulu.. Insya... saya akan ubahsuai...Kepada sahabat semua yang merancang untuk membina RBL di nasihatkan supaya tidak menggunakan papan playwood.. bagi mengelak RBL anda di tumbuhi kulat.. Sila rujuk pada gambarajah di atas..

Semoga menjadi pengajaran kepada semua..

Terima kasih..