Friday, December 10, 2010

Hari Ketujuh Pembinaan RBL (Perasmian RBL)










Assalamualaikum... Sahabat semua.. mohon maaf kerna lambat mengemaskini hari ketujuh pembinaan RBL (Perasmian RBL)... Alhamdullilah.. syukur kehadrat Ilahi kerana memakbulkan permohonan hambanya... sebagaimana yang telah di rancang pembinaan RBL di jadualkan siap dalam masa 7hari... akhirnya ia menjadi kenyataan... Gambar yang sahabat lihat ada tompok2 hitam pada dinding adalah aroma tahi burung.. ia bertujuan supaya burung walit tergoda dengan menghidu bau aroma ini... mengikut cerita dari teman saya dari kedah, penang... aroma bau untuk mengoda burung walit juga boleh di buat dengan mencampurkan daun pandan dengan buah nenas.. sukatannya 2kilo daun pandan dan sebiji nenas... tp saya xpernah mencuba... banyak maklumat dari teman2 dan buku yang di baca ukuran bagi tahap kegelapan pula adalah 1 lux.. susah untuk mengukurnya.. bagi saya... mengikut pengalaman yang tak seberapa ini.. Cahaya dalam Rumah Sarangburunglayang (burung walit suka) adalah cahaya pada waktu magrib atau waktu subuh... sekarang sahabat boleh buat ukuran perbandingan cahaya.. Semoga maklumat yang x seberapa ini dapat di kongsi bersama... yang baik itu datangnya dari Yang Maha Pencipta dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri...

3 comments:

Fensa said...

Salam. Timer tu beli siap satu set atau buat sendiri? kat kedai ada jual tapi agak mahal harganya. Kalau boleh buat sendiri lagi jimat la.

Unknown said...

Waalaikum.. beli satu persatu dan pasang sendiri... macam2 boleh buat.. insya nanti saya cerita dalam blog ini berkenaan dengan cara pemasangan bagi pengawalan sound system...

Fensa said...

ok terima kasih. Nak tahu juge mcm mana nak buat tu. google juga kat internet tapi tak jumpa. TQ