Sunday, December 26, 2010

Litar Kawalan Sistem Audio Rumah Sarang Burung Layang



Assalamualaikum... rakan-rakan yang dikasihi... Gambar yang sahabat lihat ini adalah salah satu cara lagi bagi pemasangan kawalan sistem audio... timer yang di gunakan sangat senang di perolehi.. Cara pemasangan kawalan sistem audio ini sangat terperinci ia boleh di permudahkan lagi dengan menggunakan 3 pole soket(bagi mengurangkan power point soket).. Timer juga boleh di kurangkan menjadi satu... apapun bergantung pada citarasa masing-masing... antara peralatan yang di gunakan mengikut cara ini adalah seperti berikut :

-3 biji CD/VCD/DVD player (jenis Auto play) - Wajib
-3 biji amplifier-Wajib
-1 CD format Mp3 (suara Luar )- Wajib
-2 CD format Mp3( suara dalam)-Wajib
-2 biji Timer- Pilihan
-5 biji Speaker luar- Pilihan
-30 biji Speaker dalam- Pilihan
-2 biji relay-Pilhan
-8 biji power point (soket)- Pilihan

6 comments:

Fensa said...

Salam. Ada pegi kedai peralatan burung walit ptg tadi. Ada jumpa set timer yg takde relay. Kat papan tu cuma ada 4 soket dan satu timer jenis hager. Rege RM200 satu set timer tu. Ruang atas kedai tu adalah RBW dan tokeh tu guna sistem tu. Tanya tokey tu, dia kata tak perlu guna relay, guna timer jenis tu dah ok dan kalau takde letrik, timer tu masih berfungsi utk 18jam katanya. Ada beza ke kalau guna relay ngan tanpa relay? TQ

Unknown said...

Waalaikum...
Jawapan 1.
4 soket satu timer sama dengan penggunaan pemasangan yang telah saya buat sila rujuk pada ruangan bertajuk,"Hari Ketujuh Pembinaan RBL (Perasmian RBL)" saya tidak menggunakan relay (utk tujuan kajian berapa lama boleh bertahan).. soket power point buleh buat 2,3@4 terpulang pada individu.. yang wajib hanya dua sahaja..

Jawapan 2.
Penggunaan Timer jenama hager sama dengan jenama yang saya gunakan sila rujuk pada ruangan bertajuk "Gambarajah Litar Kawalan Sistem Audio RBL" akan tetapi jenama hager itu sendiri ada banyak jenis harga.. ada yang harga RM45 sebiji, ada yang Rm65 sebiji dan ada yang harga Rm 90 sebiji..(macam-macam harga) yang saya gunakan harganya Rm90 sebiji.. Timer berjenama jenis hanger biasanya ia boleh berfungsi lagi antara 18jam-24jam selepas tiada letrik... saya di fahamkan juga ada yang jenama ini juga ada datang dari china.. yang saya gunakan ia daripada francis..

jawapan 3.
Perbezaan antara penggunaan relay dengan tidak mengunakan relay ialah semasa player/amplifier 1700am-1900pm dalam stop(berehat)speaker suara dalam masih berfungsi di sini kita dapat memutuskan pengaliran amp.. walaupun amp pada speaker kecil mungkin dalam jangkamasa lama ia memberi kesan kepada player/amplifier.. begitu juga semasa player/amplifier 1900pm-0700am berehat..

Kesimpulannya :
1. Pasal harga saya x dapat membuat komen kerana ia bergantung pada tempat, dan barangan yang kita beli.
2. Dengan menggunakan relay, Player/amplifier dapat berehat sepenuhnya tanpa ganguan....

Fensa said...

Ok terima kasih. timer yg saya jumpa berharga rm90 buatan perancis. Faham sudah.

Anonymous said...

ape maksud "crossover burung walet"???

Unknown said...

sory sahabat..... kerna saya lambat reply... ...

Berkenaan dengan Crossover burung walet... saya kurang pasti maksubnya... kalau crossover untuk speaker... secara ringkasnya... Pada dasarnya ia bertujuan untuk mengatur arus ke tweeter... biasanya ia sudah ada pada player... contohnya... player ada butang pengawalan untuk meninggikan bass atau mengurangkan bunyi SSSSSSSSS pada tweeter... itu sahaja fahaman saya untuk di kongsi dengan teman.... t.k walitwalet........

Unknown said...

Berpa saiz rumah burung paling bajet..min bajet tp berdaya saing.tq