Monday, December 26, 2011

HARAM MENGAMBIL HAK ORANG TANPA PERSETUJUAN PEMILIK

Assalamualaikum Sahabat semua..

Perkembangan terkini RBL Polyurathane... Pada 24/12/2011 saya telah masuk ke dalam RBL Polyurathane dan mendapati bilangan sarang yang telah siap dan belum siap termasuk lelehan liur Walet.. adalah mencecah 27-30 biji... Kemajuan Yang tak di sangka... Allah lebih mengetahui dari hambanya.......

Saya tidak dapat mengesahkan kerana lelehan liur walet terlalu baru mungkin dalam masa 2 minggu lagi baru saya dapat sahkan lokasi sebenar sarang walet...

Insya... saya akan kemaskini blog ini dari masa ke semasa... sebagaimana permintaan sahabat...

Sebelum terlupa.. Saya ingin berkongsi cerita dengan sahabat semua... Tadi saya di hubungi oleh sahabat lama saya... yang terputus hubungan lebih kurang setahun setengah rasanya... Perkenalan dengan dia pun secara kebetulan sahaja...

Begini ceritanya... lebih kurang 2tahun 2bulan lepas dia membina RBL ukurannya 20 kaki x 80 kaki 4 tingkat... Tingkat bawah di jadikan stor.. 3 tingkat untuk walet.. katanya kos pembinaan dalam RM300000 lebih.. kalau tak silap.. Kawasan Sawah padi... bersebelahan dengan saluran peparitan (tali air) Wow hebat bro... kontraktor dia nie(orang kaya)... diringkaskan cerita.. Dia mengetahui saya ada pengalaman dalam bidang ini.. Dia mengadu kepada saya berkenaan dengan sistem audio dia ada masalah... bila saya soal selidik rupanya dia menggunakan litar siri semasa pemasangan speaker...

Saya maklumkan kepada dia bahawa supaya buat wiring semula litar Gelang... Masalah selesai...

Kedua dia minta suara burung walet dari saya... saya bagi kepadanya... yang pasti dia tidak menggunakan suara saya kerana tidak bagus katanya... (saya diam saja)..

Tadi... bila sembang dengannya dan dia memaklumkan kepada saya jumlah sarang walet dalam RBL dia ada 4 biji..(lebih kurang dalam 2 tahun 2 bulan RBL ini sudah beroperasi)

Kesimpulan daripada cerita ini... Kalau anda ingin menceburi dalam apa-apa bidang mintalah pendapat dari orang yang arif dalam bidang itu... Jika anda ingin berjaya dalam bidang ini (penternakan walet) pastikan anda betul-betul berilmu.. dan berdisplin... kerana dalam kajian saya mendapati bidang ini ramai yang gagal di sebabkan oleh sikap ambil mudah serta keegoan dalam diri (tunjuk pandai).. ini menyebabkan Walet lambat membuat sarang...


HARAM MENGAMBIL HAK ORANG TANPA PERSETUJUAN PEMILIK

Saya merasa terkilan dengan segelintir sahabat yang mengambil gambar dari blog ini dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan... Saya halalkan kepada sahabat yang mengambil hak saya untuk tujuan pembelajaran tetapi kalau untuk mendapatkan keuntungan tidak sekali-kali... Saya ada terbaca dalam beberapa blog yang mana dia telah mengambil hak saya dan meletakkan Hak Cipta blognya... (ada juga orang macam nie)... Mungkin dia boleh menipu manusia... tidak bagi ALLAH...

Sekian,
Terima Kasih..
Kamarul Ariffin Mahmod

2 comments:

juke said...

apa kesan pengunaan litar siri dengan litar gelang tuan

Unknown said...

1.Kesan terhadap penggunaan litar siri ialah suara yang keluar dari speaker yang kita gunakan akan berkurangan jika banyak speaker yang kita gunakan maka kualiti suara makin menurun... Contohnya Speaker A+B+C = Total keseluruhan

2.Litar gelang adalah sama dengan litar selari, kualiti suara adalah sama, tidak menurun contohnya speaker A=B=C= Total keseluruhan

Di harap jawapan memenuhi sebagaimana soalan di majukan.

Sekian,
Terima kasih,
Kamarul Ariffin Mahmod