Friday, January 20, 2012

4 TAHUN KOS ELEKTRIK RBL BERSAMAAN DENGAN 3 BIJI SARANG BURUNG WALET





Assalamualaikum...

Semoga kalian Setiasa di rahmati Allah S.W.T

Tahukah teman semua... Sebiji Sarang Burung Walet Boleh menampung Kos elektrik RBL sehingga setahun 3 bulan.. (16 bulan)...

Mengikut pengalaman saya yang telah menjangkau 7 tahun dalam penternakan walet.. Analisa bagi kos penggunaan elektrik RBL adalah seperti di berikut :

a) Kos sebulan penggunaan elektrik adalah dalam lingkunngan RM8.00 - RM10.00..
b) Kos setahun penggunaan elektrik adalah RM 96.00
c) Kos sebiji sarang Burung Walet boleh mencecah RM 130.00 sebiji

Jadi di sini kita dapat membuat pengiraan RM 130.00 sebiji sarang burung walet di bahagikan dengan RM8.00 sebulan kos elektrik dan jawapan nya ialah 16.25 bulan..

oleh yang demikian di sini kita dapat membuat kesimpulan bahawa walaupun dalam masa setahun RBL kita telah mengeluarkan hasil sebanyak 3 biji.. Ini bermakna ia telah dapat menampung kos elektrik RBL selama 4 tahun...

Fikir- Fikirkan lah :-)


semoga coretan ini dapat membuka minda kita semua....

UNTUK MAKLUMAN KEPADA SAHABAT SEMUA, SAYA AKAN BERPINDAH KE LAMAN WEB BARU IAITU WWW.WALETWALIT.COM .... BANYAK INFO YANG BOLEH DI PEROLEHI DI SANA (laman web ini masih lagi dalam pembinaan).. SUDAH 4 TAHUN SAYA BERSAMA ANDA... DAN TIBA MASANYA UNTUK ANDA MENGENALI SAYA DENGAN LEBIH DEKAT... SIAPAKAH SAYA SEBENARNYA..... SILA LAYARI WWW.WALETWALET.COM

Sekian,
terima Kasih

KAMARUL

Sunday, January 15, 2012

WALETWALIT MATI KEBULURAN




Assalamulaikum sahabat yang di kasihi...

lebih kurang 2minggu lepas saya melawat dalam satu RBL kepunyaan saya dan mendapati 2 ekor anak walet telah meninggal dunia...... dalam kajian yang telah saya jalankan dan hasilnya menemui jawapan iaitu kematian ini di sebabkan oleh kelaparan... antara hujah yang saya dapat daripada kajian yang telah saya jalankan ialah dari segi kedudukan si comel walit ini meninggal iaitu mulutnya ternganga... Seolah-olah meminta makanan daripada ibu tercinta... tapi malangnya ibunya tiada pulang... dan akhirnya walet ini mati kebuluran........ Persoalan yang timbul di sini mengapakah si ibu walet ini tidak pulang2, antara jawpannya ialah mungkin di sebabkan ibunya juga telah meninggal dunia.... di makan burung hantu, burung helang,biawak,ular di langgar lori dan pelbagai lagi andaian yang boleh kita buat... Jawapan yang pasti ialah ibubapanya juga meniggal dunia... seandainya ku tahu si comel walet ini sudah menjadi yatin piatu sudah pasti akan ku ambilnya sebagai anak angkat............... Sedikit coretan ilmu untuk di kongsi......

Sekian,

Terima Kasih
Kamarul...

Saturday, January 14, 2012

BERSYUKUR SEADANYA..............



Assalamualaikum sahabat ku......

Sedikit coretan untuk di kongsi bersama.... banyak cerita berkenaan dengan industri perternakan burung Walet... ada yang berjaya dan ada pula yang gagal.... betul ke tidak saya pun tidak pasti...... Cerita dari rakan-rakan mengenai penglibatan perternakan walet di katakan 80% adalah gagal... mungkin ianya benar.... kenapa perkara ini boleh berlaku..... saya kita renung sekejap....... penglibatan dalam industri walet jika di lihat ianya nampak mudah.... tetapi hakikat sebenarnya... Hanya orang yang sudah menceburinya sahaja yang mengetahui..... Pada pandangan saya, contohnya tayar motor pancit... cuba kita sendiri yang baikinya @tampal tayar tersebut... Saya rasa kita akan ambil masa 1 jam untuk siapkannya dan mungkin lebih dari itu.... kalau pakar/mekanik yang buat dalam masa 5-10 minit sahaja mereka dapat siapkan... kita ambil contoh lain pula, repair letrik di rumah sendiri... kalau tak pandai jangan buat-buat pandai bukan lampu tak nyala tetapi mungkin rumah kita akan terbakar.... mungkin nyawa kita juga yang terkorban..... Oleh yang demikian.... pada pandangan saya kepada sahabat di luar sana yang ingin menceburi dalam bidang ini... Pastikan anda mempunyai banyak ilmu dalam bidang ini dan jika tidak berikanlah kepada yang mempunyai pakar dalam hal ini....... Jangan pertaruhkan pelaburan anda dengan perkara yang anda kurang pasti... Rujuklah kepada orang yang lebih arif.... atau serahkan kepada yang arif tentang ini.... Semoga pelaburan anda berbaloi......


sekian,
terima kasih.
Kamarul...