Monday, February 14, 2011

PETAI BELALANG





















Assalamualaikum.. kepada sahabat yang di kasihi... tahukah kalian bahawa walit sangat suka pada pokok petai belalang.. Persoalan muncul di fikiran saya yang mempersoalkan kenapa walit sangat suka pada pokok petai belalang ini... akhirnya setelah di runkai barulah saya mendapat jawapan tentang perkara ini... setelah meninjau di beberapa kawasan yang di tumbuhi petai belalang ini, memang betul walit akan ada di kawasan pokok petai belalang ini... rupa-rupanya banyak serangga di kawasan ini dan menjadi makanan kepada burung walit.. Serangga suka bermain di kawasan ini kerana buah petai belalang yang masak menjadi makanan kepada mereka.. kepada kawan - kawan di nasihatkan menanam pokok petai belalang di kawasan RBL... ini adalah salah satu cara untuk memikat burung walit untuk bermain di kawasan RBL anda.... Bagi kawan-kawan yang belum mengenali pokok petai belalang sila rujuk pada gambarah di atas.. Pokok ini senang hidup dan cara untuk menanam pokok ini adalah dengan meyemai biji buahnya yang telah masak.. Petai belalang yang belum masak berwarna hijau manakala yang masak pula berwarna koko.. Selamat mencuba...

Sunday, February 13, 2011

Perkembangan RBL TERKINI...... !!!! dengan menggunakan POLYURETHANE PANEL...




LOKASI PERTAMA








LOKASI KEDUA









LOKASI KETIGA







Syukur Ke hadrat Ilahi di atas segala pemberianNya kepada hambaNya.... Ya Allah Kami Memohon PertolonganMu Agar Ingat KepadaMu Selalu, Mensyukuri NikmatMu dan Memperbaiki Ibadat KepadaMu.... Amin....

Assalamualaikum.... Sahabatku.. sebelum saya meneruskan coretan ini ingin saya memohon maaf kerana lama tidak mengemaskini blog ini... ini adalah di sebabkan oleh kesibukan dengan hal-hal lain yang tidak dapat di elakkan.. dan kesempatan ini juga ingin saya merakam terima kasih kepada sahabat2 yang sudi menghantar e-mail untuk bertanyakan pendapat saya berhubung dengan perkara2 mengenai cara2 pembinaan RBL...

Untuk makluman sahabat semua, RBL yang saya bina di pertengahan bulan November 2010 yang menggunakan dinding POLYURETHANE PANEL... lebih kurang 2bulan setengah ia beroperasi... dan sekarang telah di masuki dan anggaran saya telah di diami oleh 3 pasang walit..
tp ia belum lagi membuat sarang... peringkat ini di panggil WALIT BERTUNANG..... Alhamdulillah... kalau sahabat lihat pada gambarajah di atas menunjukkan ia telah menginap atau bermalam di tiga lokasi.. tahinya ada yang basah dan ada yang kering.. mengikut pengalaman saya dan rakan2 lain... ini menunjukkan walit sudah betul2 menginap/tidur lebih dari seminggu dan malam terakhir walit tidur adalah semalam...

Buat masa ini saya tidak mahu gangu apa-apa dengan RBL tersebut... cuma ingin buat penambahan air sahaja.. suhu, kegelapan, suara Insya mengikut spec..

Insya... Pengalaman ini dapat di kongsi dengan Sahabat sekalian...


Thursday, January 6, 2011

Mengenal Pasti Walit Sudah Menginap @ Belum Dalam RBL Anda











Sarang Walit Peringkat Permulaan













Gambar Tompokkan Tahi Walit di lantai

Assalamualaikum... Sahabat yang di kasihi.. Tahukah bagaimana untuk mengenalpasti burung walit sudah menginap atau belum dalam RBL kita... Pada peringkat awal biasanya burung walit yang ingin menetap (tidur) dalam RBL yang kita bina, ia akan bermain dalam RBL waktu pagi dan petang keluar /masuk peringkat ini di panggil Walit Merisik.... Peringkat ini walit akan servey dalam RBL kita, ok ke tidak darisegi suhu,cahaya, bau, muzik tertarikke tidak (suara luar/dalam) dan ganguan2 lain.. kalau ok, dah berkenan... ia akan pergi ke peringkat kedua iaitu dapat kita perhatikan lebih kurang jam 5.00ptg-8.00mlm dimana Walit belegar2 di depan pintu masuk (macam flight nk landing), ia akan masuk dengan laju.. kalau x di perhatikan betul2 mungkin x sempat kita lihat semasa ia masuk.. untuk mengesahkan (confirm) walit sudah tidur dalam RBL kita, ia dapat di pastikan dengan melihat tompokkan tahi walit pada simen seperti didalam gambar di atas.. Awas!!! belum tentu lagi ia mahu menginap,,, Pada perinkat ini kita perlu berhati2 takut2 nanti ia merajuk... Mesti jaga pantang larang.. Peringkat ini di panggil Walit Bertunang... Sensitif bro peringkat ini.. hahaha.. jangan terlepas peringkat ini.. Seterusnya peringkat yang ketiga, apabila Walit sudah syok(betul-betul jatuh hati) dengan RBL kita maka ia akan membina sarangnya untuk meneruskan generasinya.. peringkat ini di panggil peringkat Walit Kawin dengan RBL kita.. Alhamdullilah... peringkat ini confirm ia akan menetap di RBL kita selagi tiada ganguan yang boleh mengancam nyawanya... insya... Sila rujuk gambar peringkat permulaan walit membuat sarangnya.. tgk pada papan tu macam ada basah.. coretan ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan rakan2 seperjuangan... Semoga ia dapat di kongsi bersama.. Insya....

Monday, December 27, 2010

Walit Tersungkur... Lemas...



Adakalanya semasa belajar terbang si comel walit tersungkur... Dalam kajian yang telah saya buat.. Ada banyak faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku.. Mungkin di sebabkan rumah burung yang di dirikan terlalu rendah.. Akan tetapi dakwaan tersebut di patahkan dengan hujah ini"bagaimana dengan walit-walet yang lain ianya berjaya terbang juga".. Hasil daripada kajian, saya berpendapat walit terbang tidak pada masanya (ia jatuh dari sarangnya).. Dalilnya, lebih kurang 250 ekor walit hanya lebih kurang 8 ekor sahaja yang mengalami kejadian ini... Ini bererti hanya 3.2% sahaja burung walit yang gagal terbang manakala 96.8% lagi berjaya terbang....

Awasss !!!! Musuh Walit




Assalamualaikum.... Teman yang di kasihi... Awasilah musuh walit yang senantiasa mencuri peluang... beginilah akibatnya kalau dah di masuk tikus... Habissss ...... !!! sarang di makan kalau tinggal pun tgklah dalam gambar di atas... sekali letak racun tikus.. akhirnya tewas juga dia... Gerrrammmm betul...... 4 ekor tikus sebesar labu lengan terhuyung- hayang keluar mencari air... macam org mabuk tody... bayangkan dalam masa 2 malam 1 kilo cik siti menjamu selera (termasuk anak/telur burung walit)... kalau dah di makan macam ini.. sarang ini harus di tanggalkan... kalau tidak burung akan merajuk x mahu buat sarang kerana bau mulut/air liur tikus melekat kat sarang.. kepada rakan-rakan sekalian.. saya nasihati supaya berhati-hati dengan cik siti ini... ia cukup bahaya pada rumah burung kita.. Pastikan rumah burung walit anda selamat dari di cerobohi oleh TIKUS....

Sunday, December 26, 2010

Litar Kawalan Sistem Audio Rumah Sarang Burung Layang



Assalamualaikum... rakan-rakan yang dikasihi... Gambar yang sahabat lihat ini adalah salah satu cara lagi bagi pemasangan kawalan sistem audio... timer yang di gunakan sangat senang di perolehi.. Cara pemasangan kawalan sistem audio ini sangat terperinci ia boleh di permudahkan lagi dengan menggunakan 3 pole soket(bagi mengurangkan power point soket).. Timer juga boleh di kurangkan menjadi satu... apapun bergantung pada citarasa masing-masing... antara peralatan yang di gunakan mengikut cara ini adalah seperti berikut :

-3 biji CD/VCD/DVD player (jenis Auto play) - Wajib
-3 biji amplifier-Wajib
-1 CD format Mp3 (suara Luar )- Wajib
-2 CD format Mp3( suara dalam)-Wajib
-2 biji Timer- Pilihan
-5 biji Speaker luar- Pilihan
-30 biji Speaker dalam- Pilihan
-2 biji relay-Pilhan
-8 biji power point (soket)- Pilihan

Thursday, December 23, 2010

Gambarajah Litar Kawalan Sistem Audio RBL




Assalamualaikum... Sahabatku.. Gambarajah litar di sebelah adalah sistem kawalan audio menggunakan sistem 12jam.. iaitu cara ia beroperasi dari 0700am hingga 1900p.m untuk speaker luar dan speaker dalam.... dan pada jam 1900p.m hingga 0700a.m pula hanya speaker sebelah dalam sahaja berfungsi.... antara peralatan yang di gunakan dalam sistem ini adalah seperti berikut :


-3 biji player/amplifier,
-1 pendrive suara luar (2 gb)
-2 pendrive suara dalam (2gb)
-1 biji Timer
-5 biji speaker luar
-30 bijispeaker dalam
-1 biji relay
-2 biji power point (soket)
-1 biji 3 pole soket

Sunday, December 19, 2010

Perasmian Pengubahsuaian RBL Pada Hari Ketiga











Alhamdullilah... syukur kepada Allah kerana memberikan laluan mudah kepada hambanya bagi menyiapkan pengubahsuaian RBL ini... sebagaimana yang kita semua maklum... kita yang merancang Allah yang menentukan...





















Rizkillah dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa 2hari setengah... antara kerja2 yang Rizkillah team buat pada hari ini adalah kekemasan wiring speaker, pemasangan control panel, 5s, sapuan aroma tahi burung... pengisian air dalam bekas (bagi mengawal suhu dalaman RBL)... test suara walit pun dah ok.. walit pun ada respon macam x sabar nak menginap.. hehehe... Inya.. banyakkan doa.. jangan lupa buat solat hajat banyak2... Amin...

Hari Kedua Pengubahsuaian Rumah Sarangburunglayang





















Hari ini adalah hari kedua kerja2 pengubahsuaian RBL... antara kerja2 yang Rizkillah team buat pada hari ini adalah memasang papan, memasang speaker, wiring speaker dan membuat lubang laluan walit masuk.. esok sebuah lagi RBL bakal dirasmikan.. kerja2 pengubahsuaian ini sudah mencapai 75% siap...

Hari Pertama Pengubahsuaian Rumah SarangburungLayang





















Pada hari pertama kerja2 pengubahsuaian rizkillah team bermula lebih kurang jam 4.00 petang... antara kerja2 yang di lakukan pada hari ini adalah... membuka bahagian dinding bilik... membuka wiring lampu.. kipas... membuat garisan pada papan dengan mengunakan mesin yang telah di ubahsuai... oleh kerana nak jimat kos kami menggunakan kayu 1/2 bagi melekatkan papan pada siling dengan mengunakan kayu peroh... wuh... tersilap beli kayu.. rupanya kayu ini punyalah keras... paku pun bengkok.. aduh.. buang masa nampaknya... oleh kerana masalah timbul... kami menambah satu hari lagi bagi menyiapkan tugasan ini... menjadikannya 3 hari..

Pemantauan Bagi Mengenalpasti Rekabentuk Pengubahsuaian RBL






















Assalamualaikum... Satu tugasan telah di amanahkan kepada Rizkillah team untuk mengubahsuai sebuah bangunan 2 tingkat (di tingkat atas) untuk dijadikan homestay walit... kehadiran kami ke lokasi untuk mengenalpasti rekabentuk bangunan untuk di ubahsuai di sambut baik oleh sebilangan besar burung walit kerna kawasan itu adalah laluan highway walit di Kuala Terengganu.. Woooo.... insya.. murah rezeki.. sambil pemantuan di buat bacalah satu doa... Ya Allah murahkanlah rezeki kami... jika rezeki kami berada di atas langit turunkanlah ia.. jika rezeki kami berada di perut bumi keluarkanlah ia.. jika rezeki kami berada jauh dekatkanlah ia kepada kami... dan jika rezeki kami sedikit perbanyakkanlah ia.. hanya kepadaMu kami berserah... Amin..... keluasan bangunan adalah 20'x25'x12' (lebarxpanjangxtinggi).... bangunan ini dibuat daripada separuh simen dan separuh lagi kayu... Keputusan telah di buat... kami merangcang bagi menyiapkan tugasan ini mengambil masa 2hari...

Friday, December 10, 2010

Hari Ketujuh Pembinaan RBL (Perasmian RBL)










Assalamualaikum... Sahabat semua.. mohon maaf kerna lambat mengemaskini hari ketujuh pembinaan RBL (Perasmian RBL)... Alhamdullilah.. syukur kehadrat Ilahi kerana memakbulkan permohonan hambanya... sebagaimana yang telah di rancang pembinaan RBL di jadualkan siap dalam masa 7hari... akhirnya ia menjadi kenyataan... Gambar yang sahabat lihat ada tompok2 hitam pada dinding adalah aroma tahi burung.. ia bertujuan supaya burung walit tergoda dengan menghidu bau aroma ini... mengikut cerita dari teman saya dari kedah, penang... aroma bau untuk mengoda burung walit juga boleh di buat dengan mencampurkan daun pandan dengan buah nenas.. sukatannya 2kilo daun pandan dan sebiji nenas... tp saya xpernah mencuba... banyak maklumat dari teman2 dan buku yang di baca ukuran bagi tahap kegelapan pula adalah 1 lux.. susah untuk mengukurnya.. bagi saya... mengikut pengalaman yang tak seberapa ini.. Cahaya dalam Rumah Sarangburunglayang (burung walit suka) adalah cahaya pada waktu magrib atau waktu subuh... sekarang sahabat boleh buat ukuran perbandingan cahaya.. Semoga maklumat yang x seberapa ini dapat di kongsi bersama... yang baik itu datangnya dari Yang Maha Pencipta dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri...

Monday, November 29, 2010

Hari Keenam Pembinaan RBL












Tak sabar rasanya menunggu saat-saat untuk merasmikan bangunan RBL yang bakal di siapkan, setakat hari ini iaitu hari yang ke enam pembinaan RBL, peratusan pembinaan bangunan yang telah disiapkan adalah lebih kurang 85% . kerja-kerja pemasangan dinding di bahagian hadapan,belakang, sisi Kanan, Kiri telah siap di pasang. Bahagian bumbung juga telah siap dipasang, pada hari ini juga Rizkillah Team sempat memasang speaker di bahagian tingkat satu, tugas ini di panggil pemasangan sound system.... hari yang di nantikan hampir tiba...

Hari Kelima Pembinaan RBL Oleh Rizkillah |Team











Hari yang kelima pembinaan RBL, pencapaian peratusan bahagian bangunan yang telah siap adalah seperti mana yang telah di rancang oleh Rizkillah Team iaitu mencapai lebih kurang 71%. Dinding di bahagian belakang telah siap di pasang, manakala separuh bahagian sisi kiri dan kanan juga telah siap di pasang.

Hari Keempat Pembinaan RBL














Pada hari keempat pembinaan RBL, Rizkillah Team telah mencapai lebih kurang 57% bahagian bangunan telah siap. Pemasangan papan di tingkat satu dan dua bangunan, dinding di bahagian hadapan juga telah siap di pasang...