Wednesday, July 27, 2011

Anak Sulung Walit Polyurathane Belajar Terbang




Assalamualaikum....

Lama tak bersua.... kesibukan membuat aku tidak sempat untuk bersembang dengan teman2 semua... untuk makluman semua, anak kelahiran RBL polyurathane telah terbang bebas sekarang... gambarajah di atas adalah peringkat walit untuk belajar terbang di mana ia akan berjangkit dari papan sirip ke papan sirip yang lain.... Alhamdullilah kerana kajian yang telah saya jalankan terhadap penggunaan Polyurathane untuk pembinaan RBL telah siap semuanya... di harap kepada semua rakan2 yang ingin menggunakan polyurathane sebagai bahan binaan untuk pembinaan RBL boleh merujuk dalam blog ini..... walit ini akan menunggu 8 bulan untuk matang dan seterusnya membina sarangnya setelah mendapat teman hidup.... Yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu dari saya sendiri.....
Sekian, terima kasih..

...............KAMARUL...........

Saturday, June 11, 2011

PENGAWALAN SUHU RBL



Assalamualaikum.... kepada sahabat sekalian sekali lagi saya ingin berkongsi dengan sahabat berhubung dengan cara-cara bagi pengawalan suhu di dalam RBL, banyak sahabat yang bertanya dengan saya bagaimana cara untuk mencapai suhu serta kelembapan udara di dalam RBL, sahabat juga tidak mampu untuk membeli mesin humidifier yang agak mahal, di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua bagaimana untuk mencipta alat seakan-akan humidifier.
Alat ini dapat mengekalkan kelembapan dan mengawal suhu dalam RBL, lebih menjimatkan iaitu dengan menggunakan bahan2 yang terpakai. Bagi pendapat saya, alat ini tidak seperti Humidifier yang terlalu memberikan kandungan air yang tinggi dalam udara dan boleh menyebabkan kerosakkan kepada papan sirip RBL yang tidak menggunakan kayu yang baik. Sila rujuk pada gambarajah di atas............... Selamat mencuba........................

Terima kasih
Walitwalet(kamarul)

Saturday, June 4, 2011

WALIT MENETAS (KELAHIRAN PERTAMA RBL PENGGUNAAN POLYURATHANE)



Assalamualaikum...

Sahabat sekalian..

Perkembangan terkini berhubung RBL dengan pembinaan bangunan berasaskan PU telah menyambut kelahiran pertama (menetas).... Mungkin walit ini adalah Anak sulung RBL dengan penggunaan PU di Malaysia dan mungkin juga di dunia... Alhamdulillah.. semoga dengan kelahiran ini akan menjandi pemangkin semangat ini untuk terus berjuang demi masa depan industri walit... di sebelah atas Abang long walit ini
terdapat hidangan yang di sediakan... menjadi santapan tengahari... ( sila klip pada Image untuk melihat dengan jelas).... hari ini lebih kurang hari ke 23 selepas walit bertelur (mengeram)....... Kitaran hidup walit hampir lengkap iaitu daripada pembinaan bangunan RBL, proses merisik, bertunang, berkahwin, membuat sarang, bertelur dan menetas... ada yang menyatakan setelah walit belajar terbang... maka ia mengambil masa 8 bulan untuk matang dan seterusnya mempunyai teman hidup..... Aku ada mendengar cerita mengenai jangka hayat bagi kehidupan seekor walit adalah lebih kurang 20 tahun... Terima kasih kepada mereka2 yang telah membuat kajian...

.......................Sekadar Renungan....................

Aku termenung seketika mengenang nasib kita sebagai manusia.. berapa umur jangka hayat kita... berapa lama sudah kita lalui dan berapa lama lagi sisa hidup kita yang tinggal... aku terpaku seketika apabila terdengar keluahan seorang manusia yang warak yang memaklumkan kepada hadirin yang hadir pada satu majlis tazkirah... bunyinya begini... Samaada kita takut ataupun tidak, kita tetap akan mati.... apa yang perlu kita takut(fikir) adalah selepas kita mati.. samaada ke syurga atau pun ke neraka....... cuba perhalusi apa yang di pertuturkan oleh orang tua tersebut............. sama-sama kita fikirkan..............

Terima Kasih
WalitWalet

Friday, May 20, 2011

ATAP BERSALUT PU





Assalamualaikum...

Minggu lepas sempat saya masuk kedalam sebuah bangunan dalam pembinaan untuk di jadikan RBL... tingkap atas sekali iaitu di tingkat 4.. ia menggunakan atap bersalut PU kemudian di letakkan camelon dan akhir sekali siling.... berapa anggaran yang di gunakan ... saya sendiri tidak pasti.. yang pastinya kosnya mestilah mahal... kawasannya dingin... sila rujuk pada gambarajah di sebelah...

VIVA BOARD




Assalamualaikum........... Sahabat sekalian...

Untuk makluman sahabat semua... Insya... kalau di murahkan rezeki dan tiada apa2 halangan saya akan membuat satu lagi kajian berhubung dengan pembinaan RBL dengan menggunakan VIVA Board... Pada Rabu lepas saya ke sebuah kedai hardwear yang menjual viva board dan mendapati harganya berpatutan dan sesuai untuk RBL buget... Saiz ketebalannya pelbagai dan antaranya 6mm,8mm,10mm,12mm,16mm,18mm,20mm dan 24mm.. dan ukuran panjang x lebarnya adalah 4kaki x 8kaki... Ia di perbuat daripada simen serta habuk kayu... tetapi ia tidak sesuai di tempatkan di kawasan takungan air ( tidak boleh menggunakan Humidyfier)... Sila rujuk pada gambarajah di atas....

Monday, May 16, 2011

LOKASI KEDUA LELEHAN LIUR WALIT DALAM RBL POLYURATHANE





Assalamualaikum...

Teman yang di kasihi.... aku melihat lokasi lelehan liur walit kedua dalam RBL polyurathane (sila klipkan pada gambarajah di sebelah untuk melihat lelehan liur walit dengan jelas)...

Alhamdullilah.... Perkembangan terbaru....

Insya... Purata dalam masa sebulan (30hari) walit akan siap membina sarangnya... Semoga dengan khabar berita ini akan membakar semangat kepada sahabat yang ingin dan baru memceburi dalam bidang ini...... Untuk makluman teman lelehan liur walet ini bukan dari anak walit hasil dari RBL ini akan tetapi walit dari luar... Ini membuktikan ia selesa tinggal dalam RBL ini ................ Kepada teman yang ingin membina RBL pastikan lokasi, ukuran kelembapan, suhu dan suara mengikut kehendak yang di tetapkan oleh WALET supaya RBL teman cepat di masuki walet....... Jangan lupa berdoa kepada yang Maha Pemberi Rezeki sesungguh hati kerana Dialah yang menentukan segalanya........

Sekian,
terima kasih
WalitWalet(Kamarul)

Yesssssss.....Walit Sudah Bertelur..........




Assalamualaikum....

Aku bersujub menyembahMu wahai yang Maha Esa... aku berdoa siang dan malam padaMu dan engkau kabulkan doaku... aku malu padamu Ya Alah........ aku bukan hambamu yang sentiasa taat padamu.. akan tetapi Engkau sayang pada hambamu...........

Hari ini aku masuk ke dalam RBL Polyurathane dan melihat simanja walit dah bertelur.... lebih kurang 7hari selepas walit siap membina sarangnya, walit mengeluarkan telur pertama dan 2hari kemudian untuk telur kedua.. sebelum terlupa ingin kongsi ilmu dgn teman semua jenis walit ini ini di kenali sebagai Aerodramus Fuciphagus... di anggarkan walit mengambil masa 25hari untuk mengeram telurnya... Seronok betul bila melihat walit sudah bertelur..

Friday, May 6, 2011

WALIT SUDAH SIAP MEMBINA SARANGNYA DAN HANYA MENUNGGU UNTUK BERTELUR












Assalamualaikum........ Sahabat yang di kasihi......... Dengan rasa gembira yang teramat sangat aku bersyukur ke hadrat Ilahi... kerana hari ini Walit telah siap membuat sarangnya di dalam RBL dengan menggunakan Polyurathane.... Setelah walit siap membina sarangnya, kebiasaannya walit betina mengambil masa 7-10 hari untuk mengeluarkan telur pertama dan 2-3 hari lagi untuk telur kedua... anggaran purata 25hari untuk walit mengeramkan telur mereka... sedikit ilmu untuk di kongsi bersama.... Hidup hendaklah sentiasa berserah kepada Allah........

Sunday, April 17, 2011

Nikmat Berkongsi Hidup Bersama Walet







Assalamualaikum........ Sahabat yang dikasihi...... saya amat berterima kasih terhadap kawan semua yang sudi menghantar e-mail kepada saya... saya mohon maaf kerana lambat menjawab email sahabat.... Di sini saya ingin berkongsi dengan tuan2 nikmat hidup bersama Walet... Bukan Wang semata2 yang di cari akan tetapi ketenangan hidup menjadi keutamaan.... Bagi saya, jiwa akan menjadi tenang apabila masuk ke dalam RBL dan dapat melihat karenah si cilik Walit.. Pelbagai gaya yang dapat dilihat... Contohnya sesetengah orang menghabiskan wang untuk membeli ayam serama, ikan hiasan, burung2 dan sebagainya... Ini hanya untuk menenangkan jiwa mereka... Bagi saya ini adalah satu cara untuk berbakti kepada alam, ingin juga menyuapkan makanan kepada si walit ini apabila melihat telatah si comel yang lapar... akan tetapi saya tidak mahu menggangu aturan makanan yang telah di tetapkan oleh si Ibu..... Semoga kita mempunyai hobi yang sama.....



Monday, April 11, 2011

!!!!!!!!!!!!!!......... AROMA WALIT........!!!!!!!!!!!!!!!!!




Assalamualaikum......... sahabat sekalian... setelah berbincang dengan pihak yang berilmu dalam menetapkan hukum terhadap penjualan Najis Walit......... setelah di perinci maka keputusan di buat bahawa cas upah serta penyelenggaraan terhadap RBL di bolehkan di ambil dari sesiapa yang berkehendak kepada barang tersebut.. Perkara ini di buat berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap AROMA WALIT.........

Sekian, Terima kasih.........

Saturday, April 9, 2011

Walit Bersarang Pada Papan Playwood





Assalamualaikum Sahabat sekalian,

Baru2 ini ada sahabat saya yang menghantar email kepada saya bertanyakan tentang kayu yang sesuai untuk di jadikan tempat untuk walit membuat sarang...ada juga sahabat bertanyakan berkenaan dengan kepentingan dengan ketinggian, keluasan, sesebuah bangunan yang menjadi faktor bagi walit menginap.... di sini saya ingin merungkai persoalan yang timbul bagi memperjelaskan mengikut pengalaman saya yang hampir 8 tahun berkecimpun dalam membuat kajian berhubung dengan RBL,

1. Kayu yang di gunakan- untuk makluman sahabat semua walit tidak memilih kayu untuk membuat sarang... asalkan selamat baginya untuk menginap, walit akan membuat sarang,pada papan Playwood pun walit bina sarangnya, papan dinding pun walit buat sarang... perkara ini jelas dan telah di buktikan melalui kajian yang telah saya jalankan... cuba sahabat lihat pada gambar yang di sertakan, papan itu adalah Playwood bagi menutup sisip angin pada dinding RBL saya, akan tetapi walit buat sarang juga...

2. Faktor ketinggian- RBL yang telah saya bina hampir 6 tahun telah menjadi tempat penginapan walit, ketinggiannya adalah lebih kurang 5kaki setengah dari paras bumi.. satu tingkat sahaja... di kawasan kampung dan bukan di kawasan berbukit (tanah rata)... telah terbukti ketinggian bukan faktor utama bagi penginapan walit...

3. Faktor Keluasan- ini telah di buktikan melalui kajian yang telah saya jalankan di mana saya telah membina RBL dengan keluasan lebih kurang 19kaki panjang dan 11 kaki lebar.. walit telah bersarang... banyak orang bercakap berkenaan dengan keluasan menjadi faktor utama bagi menjamin penginapan walit.. di sini saya ingin menepis hujah yang di kemukakan oleh pihak2 yang tidak membuat kajian akan tetapi hanya bercakap sahaja...

Semoga coretan di atas menjadi pemangkin kepada sahabat semua untuk terus maju jaya dalam bidang ini........... Ingat Allah Maha Melihat............... Pastikan anda sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa melihat anda......... Solat Jangan Tinggal, Wajib Tutup Aurat...................

Sekian, Terima Kasih.....

Sunday, April 3, 2011

Terbukti .........!!!!!! Penggunaan Polyurethane Walet Bersarang




















Assalamualaikum...
Sahabat sekalian.... untuk makluman semua, dengan penggunaan Polyurethane telah terbukti walit bersarang, tiada yang mustahil... Cuba sahabat lihat pada gambarajah di atas.. air liur walet meleleh pada speaker dan papan.... Alhamdullilah... Saat-saat yang di nantikan telah tiba... kepada teman-teman yang sudi bertanyakan pendapat saya melalui email saya ucapkan terima kasih.. untuk makluman semua juga, pada bulan Disember 2010 saya ada mengubahsuai sebuah bangunan untuk di jadikan tempat penginapan walit, khabarnya RBL itu telah pun di masuki walit dan mcm ada kesan air liur walit juga.. harapnya walit sudah bersarang di RBL itu..
pada bulan ini, boleh dikatakan semua jenis burung termasuk walit bertelur(musim mengawan).. kepada sahabat sekalian, ini bererti semua burung akan membina rumah masing2... termasuk walit... Pastikan walit membuat sarang dalam RBL anda.. kepada RBL yang masih baru, Pastikan anda tidak terlalu menggangu/ masuk ke dalam RBL pada bulan ini kerana Walit2 sedang membina umah mereka... semoga pengalaman ini dapat di kongsi bersama....

Wednesday, February 23, 2011

Awas....!!!! Penggunaan Papan Playwood






















Assalamualaikum...

Sahabat Sekalian... Setelah kajian telah di buat terhadap penggunaan papan Playwood bagi pembinaan RBL untuk membuat lantai tingkat kedua dan bumbung bagi tingkat pertama... saya mendapati dalam masa 2bulan papan playwood ini di tumbuhi kulat dan kulat ini juga telah berjangkit ke bahagian papan tempat walit membuat sarang... buat masa sekarang walit tidak mahu turun di tingkat bawah.. Dalam masa terdekat ini saya tidak mahu gangu sehingga walit membuat sarang di tingkat atas dahulu.. Insya... saya akan ubahsuai...Kepada sahabat semua yang merancang untuk membina RBL di nasihatkan supaya tidak menggunakan papan playwood.. bagi mengelak RBL anda di tumbuhi kulat.. Sila rujuk pada gambarajah di atas..

Semoga menjadi pengajaran kepada semua..

Terima kasih..

Monday, February 14, 2011

PETAI BELALANG





















Assalamualaikum.. kepada sahabat yang di kasihi... tahukah kalian bahawa walit sangat suka pada pokok petai belalang.. Persoalan muncul di fikiran saya yang mempersoalkan kenapa walit sangat suka pada pokok petai belalang ini... akhirnya setelah di runkai barulah saya mendapat jawapan tentang perkara ini... setelah meninjau di beberapa kawasan yang di tumbuhi petai belalang ini, memang betul walit akan ada di kawasan pokok petai belalang ini... rupa-rupanya banyak serangga di kawasan ini dan menjadi makanan kepada burung walit.. Serangga suka bermain di kawasan ini kerana buah petai belalang yang masak menjadi makanan kepada mereka.. kepada kawan - kawan di nasihatkan menanam pokok petai belalang di kawasan RBL... ini adalah salah satu cara untuk memikat burung walit untuk bermain di kawasan RBL anda.... Bagi kawan-kawan yang belum mengenali pokok petai belalang sila rujuk pada gambarah di atas.. Pokok ini senang hidup dan cara untuk menanam pokok ini adalah dengan meyemai biji buahnya yang telah masak.. Petai belalang yang belum masak berwarna hijau manakala yang masak pula berwarna koko.. Selamat mencuba...

Sunday, February 13, 2011

Perkembangan RBL TERKINI...... !!!! dengan menggunakan POLYURETHANE PANEL...




LOKASI PERTAMA








LOKASI KEDUA









LOKASI KETIGA







Syukur Ke hadrat Ilahi di atas segala pemberianNya kepada hambaNya.... Ya Allah Kami Memohon PertolonganMu Agar Ingat KepadaMu Selalu, Mensyukuri NikmatMu dan Memperbaiki Ibadat KepadaMu.... Amin....

Assalamualaikum.... Sahabatku.. sebelum saya meneruskan coretan ini ingin saya memohon maaf kerana lama tidak mengemaskini blog ini... ini adalah di sebabkan oleh kesibukan dengan hal-hal lain yang tidak dapat di elakkan.. dan kesempatan ini juga ingin saya merakam terima kasih kepada sahabat2 yang sudi menghantar e-mail untuk bertanyakan pendapat saya berhubung dengan perkara2 mengenai cara2 pembinaan RBL...

Untuk makluman sahabat semua, RBL yang saya bina di pertengahan bulan November 2010 yang menggunakan dinding POLYURETHANE PANEL... lebih kurang 2bulan setengah ia beroperasi... dan sekarang telah di masuki dan anggaran saya telah di diami oleh 3 pasang walit..
tp ia belum lagi membuat sarang... peringkat ini di panggil WALIT BERTUNANG..... Alhamdulillah... kalau sahabat lihat pada gambarajah di atas menunjukkan ia telah menginap atau bermalam di tiga lokasi.. tahinya ada yang basah dan ada yang kering.. mengikut pengalaman saya dan rakan2 lain... ini menunjukkan walit sudah betul2 menginap/tidur lebih dari seminggu dan malam terakhir walit tidur adalah semalam...

Buat masa ini saya tidak mahu gangu apa-apa dengan RBL tersebut... cuma ingin buat penambahan air sahaja.. suhu, kegelapan, suara Insya mengikut spec..

Insya... Pengalaman ini dapat di kongsi dengan Sahabat sekalian...