Thursday, October 28, 2010

Pelan Lakaran Kasar RBL


Salam kepada teman semua... gambarajah di sebelah adalah rekabentuk bahagian luar rumah sarangburunglayang yang menggunakan Polyurethane Panel. saiz rumah SBL ini adalah 12x20x16 iaitu lebar x panjang x tinggi, 2 tingkat. Jika kita lihat di sebelah atas yang di lorek itu adalah laluan burung masuk dan di sebelah bawah pandangan sisi itu adalah pintu masuk, bagi keluasan ini, minima burung layang-layang boleh membuat sarang adalah lebih kurang 5kg, harga sekarang dalam RM4200 x 5kg = RM21000... bagi setiap kali jualan... Saya di maklumkan oleh sahabat dan melalui pengalaman diri sendiri, dalam setahun burung layang-layang ini boleh membuat sarang sebanyak 4 kali... jika di darab dengan RM21000.00 x 4kali(setahun) = RM 84000.00 (pendapatan tahunan) lebih kurang RM7000.00 sebulan (pendapatan bulanan). Anggaran bagi membina rumah SBL ini lebih kurang RM49000.00 termasuk bahagian dalaman dan sound system. Ia di jangka siap dalam masa 3minggu (paling lama). Apapun rumah SBL ia bergantung kepada buget seseorang, kos ini dapat di kurangkan lagi melalui (Cut Cos)penggunaan jenis kayu, sound system dan lain-lain lagi.

9 comments:

Fensa said...

salam arif. guna bahan binaan ni, mudah ke nak kontrol suhu dan kelembapan?

Unknown said...

Waalaikum... sebenarnya bahan binaan jenis ini masih lagi di peringkat kajian.. Mungkin saya orang pertama yang membina RBL menggunakan bahan ini, walaubagaimanapun lebih kurang 3minggu dah beroperasi, suhu dan kelembapan di dalam adalah di dalam spec (tiada masalah untuk kawal suhu)... Pada masa ini, banyak burung berterbangan di kawasan RBL ini.. apapun tunggu dalam masa 2 minggu lagi untuk memgetahui hasilnya(Walit dah masuk tidur ke belum)... sekarang dalam proses memujuk burung walit untuk menginap.. Insya...

emasnain said...

salam..cam mana perkembangannya dah ada sarang tak??baru belajar nk tahu rumah burung yang bajet...fulus kurang

Unknown said...

Waalaikum... Buat masa sekarang Alhamdullilah.. ada respon daripada walit... kalau burung masuk dalam rumah burung kita bermakna kita dah berjaya memikatnya.. untuk mengetahui sudah menginap ke belum.. saya belum buat pengesahan... ( kena masuk tgk di dalam RBL)... buat masa sekarang burung ada keluar masuk... untuk makluman saya sekarang berada di lahad datu sabah... x sempat nk tgk.. insya... saya akan maklumkan perkembangan dari masa ke semasa berkenaan dengan RBL ini... insya... Semoga sabahat dapat mempelajari sedikit sebanyak maklumat dari blog ini...

Tropong said...

assamualakum.... wbrth..

Boleh saya tahu berapa kos buat bangunan dengan menggunakan polyurethene panel..

rasa berminat gak tu...

Unknown said...

Waalaikum..

Boleh saya dapatkan keluasan, utk pengiraan kosnya... sila E-mailkan kepada saya maklumat berkenaan ke alamat walitwalet@yahoo.com.my

terima kasih bertanya.

Bhumiwalet said...

salam tuan,

berapa kos saiz rumah yg tuan buat tu. Sy berminat utk buat di belakang rumah.

tq

Bhumiwalet said...

salam tuan,

berapa kos rumah saiz yg tuan bina tu. sy berminat nak buat satu.

TK

Unknown said...

Waalaikum..

Kos untuk membina bangunan dengan menggunakan Polyurethane,saiz saiz 3.6m x 6.1m x 4.88m lebar x panjang x tinggi,dua tingkat, adalah lebih kurang RM 35k termasuk wiring 40 biji speaker suara dalam dan 5 biji speaker suara luar, 30 biji baldi (besin) untuk mengawal suhu, bentuk muka bumi tanah rata...