Thursday, October 28, 2010

Pelan Lakaran Kasar RBL


Salam kepada teman semua... gambarajah di sebelah adalah rekabentuk bahagian luar rumah sarangburunglayang yang menggunakan Polyurethane Panel. saiz rumah SBL ini adalah 12x20x16 iaitu lebar x panjang x tinggi, 2 tingkat. Jika kita lihat di sebelah atas yang di lorek itu adalah laluan burung masuk dan di sebelah bawah pandangan sisi itu adalah pintu masuk, bagi keluasan ini, minima burung layang-layang boleh membuat sarang adalah lebih kurang 5kg, harga sekarang dalam RM4200 x 5kg = RM21000... bagi setiap kali jualan... Saya di maklumkan oleh sahabat dan melalui pengalaman diri sendiri, dalam setahun burung layang-layang ini boleh membuat sarang sebanyak 4 kali... jika di darab dengan RM21000.00 x 4kali(setahun) = RM 84000.00 (pendapatan tahunan) lebih kurang RM7000.00 sebulan (pendapatan bulanan). Anggaran bagi membina rumah SBL ini lebih kurang RM49000.00 termasuk bahagian dalaman dan sound system. Ia di jangka siap dalam masa 3minggu (paling lama). Apapun rumah SBL ia bergantung kepada buget seseorang, kos ini dapat di kurangkan lagi melalui (Cut Cos)penggunaan jenis kayu, sound system dan lain-lain lagi.

Wednesday, October 13, 2010

POLYURETHANE PANEL...



Warna biru yang kita nampak tu adalah lapisan plastik
bagi melindungi lapisan permukaan panel daripada tercalar...
selepas panel ini di pasang maka lapisan plastik ini akan di buka.. maklumat yang saya dapat berkenaan denagn lapisan permukaan luar panel ini ... ia di buat daripada unsur/bahan yang tahan karat. selamat mencuba...

REKABENTUK BAHAGIAN LUAR RUMAH SARANGBURUNGLAYANG

Sahabat yang di kasihi tengok di sebelah ini... ni adalah gambar bahan yang digunakan untuk membuat bahagian luar atau dinding bagi sesebuah rumah sarangburunglayang... namanya POLYURETHANE PANEL... ia ada dalam pelbagai saiz ketebalan.. saya di fahamkan paling tebal 6inci dan paling nipis 2inci... ukuran panjang 10kaki dan lebar 4kaki... beratnya dalam 7kilogram... ia boleh mengawal suhu dalam sesebuah rumah sarangburunglayang.... Semoga teman semua dapat mencuba dengan menggunakan bahan ini.... Makluman untuk sahabat semua berkenaan dengan harga sarangburunglayang di pasaran sekarang yang di jual secara borong( tidak di gredkan)ialah RM 4200.00 sekilo..... yang belum di bersihkan... dua kilo pun dah cukup bro... sekali jaul RM8400.. Wooo...

REKA BENTUK DALAMAN SARANGBURUNGLAYANG


Assalamualaikum... sahabat semua.. semoga kalian di rahmati oleh Allah s.w.t.... kesibukan menyebabkan xsempat nak sembang... gambar yang sahabat tengok sebelah tu adalah sebahagian rekabentuk dalaman bagi sesebuah rumah sarangburunglayang yang di bina.. ni pakai handfree bro.. tak cantikkan.. Insya... ada masa nanti wa kasi tgk design pakai autocad.. tunggu member siapkan... nak pasang dengan mengunakan cara ini x lama.. dan simple saja.. sekarang ini banyak yang menggunakan cara ini mudah dan murah... jimat masa.. selamat mencuba..

Thursday, October 7, 2010

GAMBAR PENUH KEDUDUKKAN MINI HIDRO


Khemah yang kita nampak tu adalah bagi melindungi motor janakuasa daripada terkena air.... motor janakuasa terdapat dalam khemah tersebut... semoga sahabat dapat mencuba cara ini... Bak Kata pepatah melayu di mana ada kemahuan di situ ada jalan...

kata-kata semangat yang boleh di kongsi bersama sahabat semua...

TEMAN.....

Usahlah di Kesalkan Pada Kegagalan Sebaliknya Haruslah Ingat Bahawa Setiap Kegagalan Yang di Alami Pasti Menjanjikan Kejayaan Melalui Azam dan Cita-Cita yang Murni.......... Insya...

SEMBURAN AIR BAGI MEMUTARKAN RODA SETERUSNYA MENGHASILKAN TENAGA ELEKTRIK

Saya di maklumkan semburan air ini boleh memutarkan roda sehingga 600 pusingan/min... kuat juga pusingannya... pip yang digunakan paip 3inci..

MINI HIDRO BAGI MENDAPATKAN BEKALAN DI KAWASAN JAUH DARIPADA BEKALAN ELEKTRIK


Gambar di sebelah adalah gambar mini Hidro yang di reka khas untuk mendapatkan bekalan Elektrik.... Bagi sahabat sekalian yang ingin membina Umah sarangburunglayang di kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik boleh mencuba teknologi ini.. saya di fahamkan ia boleh menghasilkan tenaga yang banyak... siap boleh guna aircond lagi... daripada guna bateri bagus guna cara ini... solar pun x banyak menghasilkan tenaga dan kos dia mahal berbanding dengan cara ini.. saya juga di fahamkan kos nak bina mini hidro ini tak tinggil... selamat mencuba..

Wednesday, October 6, 2010

BUNGA POKOK BULUH

POKOK BULUH BERBUNGA

Semasa kerja-kerja meratakan tanah untuk tapak pembinaan rumah sarangburunglayang kedua, terpandang pokok buluh di sebelah, di dapati ada bunga pulak... sepanjang hidup aku... inilah kali pertama aku melihat pokok buluh berbunga.. bila aku bertanya pada orang tua2.. sememangnya pokok buluh berbunga katanya... tapi jarang berlaku.. biasanya pokok (perdu) tu di penghujung hayat... sempat aku ambil gambar untuk di kongsi dengan sahabat semua...

Tuesday, October 5, 2010

Kepada sahabatku yang masih ada orang tua, hargailah mereka, sedih aku tengok dan dengar lagu dalam video ni... Ya ALLAH.. kasihilah kedua orang tua ku sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil... Ampunilah Dosa-dosa Mereka.. tempatkan mereka bersama orang-orang yang soleh...

Lakaran rumah Sarangburunglayang Kedua


Gambar di sebelah adalah lakaran kasar umah Sarangburunglayang buget kedua.. aku lukis pakai handfree bro.. sory kalau kurang jelas... kawan aku dari penang tengah design umah Sarangburunglayang aku guna autocad nanti siap...aku kasi semua sahabat tegok... untuk di kongsi bersama ok...

Monday, October 4, 2010

KETABAHAN DAN KESABARAN BANYAK MENGAJAR KU ERTI KEHIDUPAN


BERSYUKUR ke hadrat ILAHI...... Setelah hampir 5 tahun projek sarang burung aku beroperasi, pelbagai pengalaman yang aku perolehi daripadanya. Pahit, manis daripada pengalaman ini telah banyak mengajar ku erti kesabaran yang sebenar. Kata - kata semangat yang di ilham oleh isteri tersayang kepadaku dan menjadi panduan sepanjang 5 tahun ini, inginku kongsi bersama sahabat...."Belajarlah daripada sungai yang tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa jua halangan hingga sampai ke muara, Airnya Lembut dan tenang akan tetapi tiada siapa yang mampu menghalangnya". kata-kata semangat ini menjadi pendorong bagi diri ini untuk terus berjuang..... . Gambar di sebelah adalah kawasan dalam perancangan kedua rumah sarangburunglayang aku. sekarang dalam proses pembinaan..... Insya.. di jangka siap pada hujung tahun ini.... Insya.. kepada teman yang baru dalam bidang ini... akan ku luahan segala ilmu yang ada untuk di kongsi bersama...