Monday, December 27, 2010
Walit Tersungkur... Lemas...
Adakalanya semasa belajar terbang si comel walit tersungkur... Dalam kajian yang telah saya buat.. Ada banyak faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku.. Mungkin di sebabkan rumah burung yang di dirikan terlalu rendah.. Akan tetapi dakwaan tersebut di patahkan dengan hujah ini"bagaimana dengan walit-walet yang lain ianya berjaya terbang juga".. Hasil daripada kajian, saya berpendapat walit terbang tidak pada masanya (ia jatuh dari sarangnya).. Dalilnya, lebih kurang 250 ekor walit hanya lebih kurang 8 ekor sahaja yang mengalami kejadian ini... Ini bererti hanya 3.2% sahaja burung walit yang gagal terbang manakala 96.8% lagi berjaya terbang....
Awasss !!!! Musuh Walit
Assalamualaikum.... Teman yang di kasihi... Awasilah musuh walit yang senantiasa mencuri peluang... beginilah akibatnya kalau dah di masuk tikus... Habissss ...... !!! sarang di makan kalau tinggal pun tgklah dalam gambar di atas... sekali letak racun tikus.. akhirnya tewas juga dia... Gerrrammmm betul...... 4 ekor tikus sebesar labu lengan terhuyung- hayang keluar mencari air... macam org mabuk tody... bayangkan dalam masa 2 malam 1 kilo cik siti menjamu selera (termasuk anak/telur burung walit)... kalau dah di makan macam ini.. sarang ini harus di tanggalkan... kalau tidak burung akan merajuk x mahu buat sarang kerana bau mulut/air liur tikus melekat kat sarang.. kepada rakan-rakan sekalian.. saya nasihati supaya berhati-hati dengan cik siti ini... ia cukup bahaya pada rumah burung kita.. Pastikan rumah burung walit anda selamat dari di cerobohi oleh TIKUS....
Sunday, December 26, 2010
Litar Kawalan Sistem Audio Rumah Sarang Burung Layang
Assalamualaikum... rakan-rakan yang dikasihi... Gambar yang sahabat lihat ini adalah salah satu cara lagi bagi pemasangan kawalan sistem audio... timer yang di gunakan sangat senang di perolehi.. Cara pemasangan kawalan sistem audio ini sangat terperinci ia boleh di permudahkan lagi dengan menggunakan 3 pole soket(bagi mengurangkan power point soket).. Timer juga boleh di kurangkan menjadi satu... apapun bergantung pada citarasa masing-masing... antara peralatan yang di gunakan mengikut cara ini adalah seperti berikut :
-3 biji CD/VCD/DVD player (jenis Auto play) - Wajib
-3 biji amplifier-Wajib
-1 CD format Mp3 (suara Luar )- Wajib
-2 CD format Mp3( suara dalam)-Wajib
-2 biji Timer- Pilihan
-5 biji Speaker luar- Pilihan
-30 biji Speaker dalam- Pilihan
-2 biji relay-Pilhan
-8 biji power point (soket)- Pilihan
Thursday, December 23, 2010
Gambarajah Litar Kawalan Sistem Audio RBL
Assalamualaikum... Sahabatku.. Gambarajah litar di sebelah adalah sistem kawalan audio menggunakan sistem 12jam.. iaitu cara ia beroperasi dari 0700am hingga 1900p.m untuk speaker luar dan speaker dalam.... dan pada jam 1900p.m hingga 0700a.m pula hanya speaker sebelah dalam sahaja berfungsi.... antara peralatan yang di gunakan dalam sistem ini adalah seperti berikut :
-3 biji player/amplifier,
-1 pendrive suara luar (2 gb)
-2 pendrive suara dalam (2gb)
-1 biji Timer
-5 biji speaker luar
-30 bijispeaker dalam
-1 biji relay
-2 biji power point (soket)
-1 biji 3 pole soket
Sunday, December 19, 2010
Perasmian Pengubahsuaian RBL Pada Hari Ketiga
Alhamdullilah... syukur kepada Allah kerana memberikan laluan mudah kepada hambanya bagi menyiapkan pengubahsuaian RBL ini... sebagaimana yang kita semua maklum... kita yang merancang Allah yang menentukan...
Rizkillah dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa 2hari setengah... antara kerja2 yang Rizkillah team buat pada hari ini adalah kekemasan wiring speaker, pemasangan control panel, 5s, sapuan aroma tahi burung... pengisian air dalam bekas (bagi mengawal suhu dalaman RBL)... test suara walit pun dah ok.. walit pun ada respon macam x sabar nak menginap.. hehehe... Inya.. banyakkan doa.. jangan lupa buat solat hajat banyak2... Amin...
Hari Kedua Pengubahsuaian Rumah Sarangburunglayang
Hari Pertama Pengubahsuaian Rumah SarangburungLayang
Pada hari pertama kerja2 pengubahsuaian rizkillah team bermula lebih kurang jam 4.00 petang... antara kerja2 yang di lakukan pada hari ini adalah... membuka bahagian dinding bilik... membuka wiring lampu.. kipas... membuat garisan pada papan dengan mengunakan mesin yang telah di ubahsuai... oleh kerana nak jimat kos kami menggunakan kayu 1/2 bagi melekatkan papan pada siling dengan mengunakan kayu peroh... wuh... tersilap beli kayu.. rupanya kayu ini punyalah keras... paku pun bengkok.. aduh.. buang masa nampaknya... oleh kerana masalah timbul... kami menambah satu hari lagi bagi menyiapkan tugasan ini... menjadikannya 3 hari..
Pemantauan Bagi Mengenalpasti Rekabentuk Pengubahsuaian RBL
Assalamualaikum... Satu tugasan telah di amanahkan kepada Rizkillah team untuk mengubahsuai sebuah bangunan 2 tingkat (di tingkat atas) untuk dijadikan homestay walit... kehadiran kami ke lokasi untuk mengenalpasti rekabentuk bangunan untuk di ubahsuai di sambut baik oleh sebilangan besar burung walit kerna kawasan itu adalah laluan highway walit di Kuala Terengganu.. Woooo.... insya.. murah rezeki.. sambil pemantuan di buat bacalah satu doa... Ya Allah murahkanlah rezeki kami... jika rezeki kami berada di atas langit turunkanlah ia.. jika rezeki kami berada di perut bumi keluarkanlah ia.. jika rezeki kami berada jauh dekatkanlah ia kepada kami... dan jika rezeki kami sedikit perbanyakkanlah ia.. hanya kepadaMu kami berserah... Amin..... keluasan bangunan adalah 20'x25'x12' (lebarxpanjangxtinggi).... bangunan ini dibuat daripada separuh simen dan separuh lagi kayu... Keputusan telah di buat... kami merangcang bagi menyiapkan tugasan ini mengambil masa 2hari...
Friday, December 10, 2010
Hari Ketujuh Pembinaan RBL (Perasmian RBL)
Assalamualaikum... Sahabat semua.. mohon maaf kerna lambat mengemaskini hari ketujuh pembinaan RBL (Perasmian RBL)... Alhamdullilah.. syukur kehadrat Ilahi kerana memakbulkan permohonan hambanya... sebagaimana yang telah di rancang pembinaan RBL di jadualkan siap dalam masa 7hari... akhirnya ia menjadi kenyataan... Gambar yang sahabat lihat ada tompok2 hitam pada dinding adalah aroma tahi burung.. ia bertujuan supaya burung walit tergoda dengan menghidu bau aroma ini... mengikut cerita dari teman saya dari kedah, penang... aroma bau untuk mengoda burung walit juga boleh di buat dengan mencampurkan daun pandan dengan buah nenas.. sukatannya 2kilo daun pandan dan sebiji nenas... tp saya xpernah mencuba... banyak maklumat dari teman2 dan buku yang di baca ukuran bagi tahap kegelapan pula adalah 1 lux.. susah untuk mengukurnya.. bagi saya... mengikut pengalaman yang tak seberapa ini.. Cahaya dalam Rumah Sarangburunglayang (burung walit suka) adalah cahaya pada waktu magrib atau waktu subuh... sekarang sahabat boleh buat ukuran perbandingan cahaya.. Semoga maklumat yang x seberapa ini dapat di kongsi bersama... yang baik itu datangnya dari Yang Maha Pencipta dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri...
Subscribe to:
Posts (Atom)