Monday, November 29, 2010

Hari Keenam Pembinaan RBL












Tak sabar rasanya menunggu saat-saat untuk merasmikan bangunan RBL yang bakal di siapkan, setakat hari ini iaitu hari yang ke enam pembinaan RBL, peratusan pembinaan bangunan yang telah disiapkan adalah lebih kurang 85% . kerja-kerja pemasangan dinding di bahagian hadapan,belakang, sisi Kanan, Kiri telah siap di pasang. Bahagian bumbung juga telah siap dipasang, pada hari ini juga Rizkillah Team sempat memasang speaker di bahagian tingkat satu, tugas ini di panggil pemasangan sound system.... hari yang di nantikan hampir tiba...

Hari Kelima Pembinaan RBL Oleh Rizkillah |Team











Hari yang kelima pembinaan RBL, pencapaian peratusan bahagian bangunan yang telah siap adalah seperti mana yang telah di rancang oleh Rizkillah Team iaitu mencapai lebih kurang 71%. Dinding di bahagian belakang telah siap di pasang, manakala separuh bahagian sisi kiri dan kanan juga telah siap di pasang.

Hari Keempat Pembinaan RBL














Pada hari keempat pembinaan RBL, Rizkillah Team telah mencapai lebih kurang 57% bahagian bangunan telah siap. Pemasangan papan di tingkat satu dan dua bangunan, dinding di bahagian hadapan juga telah siap di pasang...

Aksi 4x4 jeep Cherokee Mengganas Pada Hari ketiga Pembinaan RBL,



Aksi 4x4 jeep Cherokee yang mencabar semasa menunda lori barang yang tidak dapat bergerak kerana jalan licin...

Hari Ketiga Pembinaan RBL












Hari ketiga pembinaan RBL agak perlahan kerana kami mengalami masalah dari segi penghantaran barang-barang binaan kerana terpaksa mengankutnya dengan tangan dan lori yang menghantar barang tidak dapat masuk/ keluar kerana jalan licin terpaksa di tunda dengan Jeep Cherokee.. Cuba lihat gambar 2 mat rempit yang nampak keletihan setelah melakukan aksi rempit memotong kayu dan membuat line pada papan... kayu terpaksa di angkut dengan memikulnya jaraknya lebih kurang 150meter, penat tu bos.. tengah berehat la tu.....

Tuesday, November 23, 2010

Hari kedua Pembinaan RBL




Hari Kedua Pembinaan RBL, Taklimat kedua di berikan kepada Rizkillah Team, kami mendapat masalah kerana kesukaran untuk membawa masuk barang2 bangunan seperti dinding, besi, papan RBL, dan dll ke lokasi pembinaan kerana keadaan jalan yang becah, licin, dan terpaksa mengangkut barang2 tersebut dengan memikulnya. Tambahan masa terpaksa di berikan iaitu 4hari lagi dan menjadikan masa bagi menyiapkan bangunan ini selama 7hari. Hari ini team kami membuat kerja2 di tingkat 2 bangunan.

Hari Pertama Pembinaan RBL






Masih di hari pertama pembinaan RBL, setelah selesai kerja2 pemasangan tiang bangunan seterusnya kerja pembinaan lantai bangunan djalankan.

Monday, November 22, 2010

Kerja-kerja Pembinaan RBL di Hari Pertama



Hari pertama projek RBL di jalankan, kerja-kerja pemasangan tiang sedang berjalan.

Pemantauan Lokasi pembinaan RBL


Hari pertama sampai di lokasi pembinaan RBL, satu taklimat di berikan kepada Rizkillah team berkenaan dengan bangunan yang akan dibina. Dalam taklimat ini jangkamasa projek adalah 3hari.