Friday, December 30, 2011

Perbezaan Antara Litar Gelang/Selari dan Litar Siri



Assalamualikum Sahabat...

Di Sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu berhubung dengan perbezaan Litar siri dan litar selari... Jika di bandingkan kebaikkan litar siri dengan litar selari maka litar selari adalah litar yang terbaik untuk di gunakan bagi pemasangan pendawaian speaker RBL kerana jika salah satu wayar litar ini terputus pada satu speaker maka speaker lain masih berfungsi dan kadar Arus yang mengalir adalah sama dengan bekalan utama untuk tiap-tiap speaker... Suara pun akan kekal pada asal sebagaimana yang di kehendaki (tiada ganguan pada bunyi)... Semoga sedikit ilmu ini dapat memberi manfaat besar kepada semua....

..........Berkongsi Cerita..........

Lebih Kurang Jam 8.30pagi tadi saya ada berhubung dengan seorang sahabat yang lama sudah tidak bersua... Kami bersembang mengenai RBL dia punya... Begini ceritanya lebih kurang 4 bulan lepas secara kebetulan saya lalu di tepi RBL sahabat ini... dan berhenti seketika dan saya mendengar suara RBLnya... Mengikut pengalaman saya yang tak seberapa ini saya memaklumkan padanya suara RBLnya, saya tak puas dengar (tak Lawas/tiada kemerduan). saya bertanya padanya berapa harga yang di belinya katanya RM150.00 suara Luar.. katanya dia ada 4 koleksi suara walet... dan ribuan ringgit telah di habiskan untuk suara ini.... Berapa umur RBL ini? dalam 7 bulan, berapa keluasan RBl ini? 15kaki x 25kaki x 3 tingkat.... berapa kos pembinaan? lebih kurang RM 49,000.00

Di ringkaskan cerita... pertanyaan saya berkenaan dengan berapa biji sarang sudah ada? 2 biji setengah...katanya.. Lalu saya memberikan sedikit nasihat dan seminggu kemudian dia terus mencari saya untuk dapatkan suara WalitWalet........ atas rayuannya.. saya pun bagilah...

Hari ini setelah 3 bulan masa berlalu... saya menghubunginya.. bertanya khabar.... sembang mengenai RBLnya... katanya dia masih ikut nasihat yang saya berikan dulu.... katanya sarang dalam RBlnya sudah ada 8biji dan anggaran walet yang menginap 30 ekor lebih.... Sudah pasti saya tumpang gembira dengan perkembangan ini.... Alhamdullilah... Semoga Sahabatku Berjaya... Amin... Amin... Amin


Sekian
Terima kasih
Kamarul Ariffin Mahmod

Monday, December 26, 2011

HARAM MENGAMBIL HAK ORANG TANPA PERSETUJUAN PEMILIK

Assalamualaikum Sahabat semua..

Perkembangan terkini RBL Polyurathane... Pada 24/12/2011 saya telah masuk ke dalam RBL Polyurathane dan mendapati bilangan sarang yang telah siap dan belum siap termasuk lelehan liur Walet.. adalah mencecah 27-30 biji... Kemajuan Yang tak di sangka... Allah lebih mengetahui dari hambanya.......

Saya tidak dapat mengesahkan kerana lelehan liur walet terlalu baru mungkin dalam masa 2 minggu lagi baru saya dapat sahkan lokasi sebenar sarang walet...

Insya... saya akan kemaskini blog ini dari masa ke semasa... sebagaimana permintaan sahabat...

Sebelum terlupa.. Saya ingin berkongsi cerita dengan sahabat semua... Tadi saya di hubungi oleh sahabat lama saya... yang terputus hubungan lebih kurang setahun setengah rasanya... Perkenalan dengan dia pun secara kebetulan sahaja...

Begini ceritanya... lebih kurang 2tahun 2bulan lepas dia membina RBL ukurannya 20 kaki x 80 kaki 4 tingkat... Tingkat bawah di jadikan stor.. 3 tingkat untuk walet.. katanya kos pembinaan dalam RM300000 lebih.. kalau tak silap.. Kawasan Sawah padi... bersebelahan dengan saluran peparitan (tali air) Wow hebat bro... kontraktor dia nie(orang kaya)... diringkaskan cerita.. Dia mengetahui saya ada pengalaman dalam bidang ini.. Dia mengadu kepada saya berkenaan dengan sistem audio dia ada masalah... bila saya soal selidik rupanya dia menggunakan litar siri semasa pemasangan speaker...

Saya maklumkan kepada dia bahawa supaya buat wiring semula litar Gelang... Masalah selesai...

Kedua dia minta suara burung walet dari saya... saya bagi kepadanya... yang pasti dia tidak menggunakan suara saya kerana tidak bagus katanya... (saya diam saja)..

Tadi... bila sembang dengannya dan dia memaklumkan kepada saya jumlah sarang walet dalam RBL dia ada 4 biji..(lebih kurang dalam 2 tahun 2 bulan RBL ini sudah beroperasi)

Kesimpulan daripada cerita ini... Kalau anda ingin menceburi dalam apa-apa bidang mintalah pendapat dari orang yang arif dalam bidang itu... Jika anda ingin berjaya dalam bidang ini (penternakan walet) pastikan anda betul-betul berilmu.. dan berdisplin... kerana dalam kajian saya mendapati bidang ini ramai yang gagal di sebabkan oleh sikap ambil mudah serta keegoan dalam diri (tunjuk pandai).. ini menyebabkan Walet lambat membuat sarang...


HARAM MENGAMBIL HAK ORANG TANPA PERSETUJUAN PEMILIK

Saya merasa terkilan dengan segelintir sahabat yang mengambil gambar dari blog ini dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan... Saya halalkan kepada sahabat yang mengambil hak saya untuk tujuan pembelajaran tetapi kalau untuk mendapatkan keuntungan tidak sekali-kali... Saya ada terbaca dalam beberapa blog yang mana dia telah mengambil hak saya dan meletakkan Hak Cipta blognya... (ada juga orang macam nie)... Mungkin dia boleh menipu manusia... tidak bagi ALLAH...

Sekian,
Terima Kasih..
Kamarul Ariffin Mahmod